Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Harimau Malaya Tagih Sokongan...

KUALA LUMPUR – Penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias percaya sokongan padu penyokong...

Pelajar Malaysia Dipuji Bantu...

SEORANG pelajar perubatan Malaysia mendapat pujian netizen kerana tindakannya berusaha menyelamatkan penduduk tempatan...

VIDEO: ‘Penyakit’ Curi, Cium...

SEMALAM seorang lelaki di Kampar, Perak didenda RM2,500 kerana menyimpan sejumlah seluar dalam...

PAS Sokong Penubuhan JKMMS...

KUALA LUMPUR - PAS menyambut baik langkah kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah...

Mesyuarat Pilih KPN Baharu Bulan Depan – Zahid

KUALA NERUS  – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mempengerusikan mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis pada 4 Sept ini bagi memilih Ketua Polis Negara yang baharu berikutan persaraan Tan Sri Khalid Abu Bakar bulan depan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata selepas itu, nama Ketua Polis Negara yang baharu itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V untuk perkenan Seri Paduka sebelum pelantikan rasmi diumumkan.

“Jadi, saya harap tiada spekulasi berlaku terhadap sesiapa sahaja yang akan menggantikan beliau,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di Stadium Tertutup, Gong Badak di sini, hari ini.

Beliau berkata pada mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis itu, perkara berhubung pelantikan pengarah baharu bagi beberapa jabatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga akan dibincangkan.

Sebelum ini, Khalid mengesahkan kepada media bahawa beliau akan bersara bulan depan selepas 40 tahun berkhidmat dengan PDRM dan tidak akan menyambung kontrak perkhidmatannya meskipun ditawarkan kerajaan.

Sementara itu, Ahmad Zahid menghormati keputusan Khalid dan menzahirkan penghargaan kepadanya kerana banyak menyumbangkan tenaga dan usaha dalam menaikkan imej kepolisan negara menerusi pelbagai transformasi sepanjang berkhidmat dengan PDRM

“Sepanjang perkhidmatannya, beliau banyak melakukan transformasi di Bukit Aman dan membantu menterjemahkan visi Kementerian Dalam Negeri bagi mengurangkan indeks jenayah di peringkat negara dengan kita berjaya mencapai penurunan kadar jenayah sehingga 47 peratus,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti berkata semua badan perhubungan UMNO negeri telah menghantar senarai calon pilihan raya umum ke-14 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO.

“Namun, calon itu bukan muktamad kerana kita akan meneruskan kajian dan tinjauan terhadapnya sama ada boleh menang atau tidak kerana calon yang dipilih bakal menjadi jenama baik kepada parti untuk menang pilihan raya di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

“Metodologi yang sama akan digunakan bagi parti-parti komponen BN dengan setiap calon dipilih presiden parti masing-masing,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KPN

Kategori