Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JPJ Terengganu Keluar 58...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan 58 notis saman dalam...

Cara Menjadikan Bateri iPhone...

SISTEM operasi terbaharu Apple, iOS 9 telah membuat penambahbaikan mutu bateri supaya ia bertahan...

2 Polis, Peniaga Dijel,...

KOTA BHARU – Dua anggota polis dan seorang peniga masing-masing dijatuhi hukuman penjara...

Sultan Ibrahim Titah Rang...

JOHOR BAHARU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menitahkan agar rang...

“Masyarakat Perlu Sedar Kuasa Media” – Rosyam Nor

TEKNOLOGI ibarat rakan baik kepada semua manusia pada masa kini dengan mempunyai pelbagai fungsi bergantung kepada keupayaan dan cara penggunaannya.

Begitu juga yang ingin digambarkan tentang kuasa media yang menjadi dimensi dunia hari ini dalam penyebaran maklumat dan berita-berita semasa.

Bercakap mengenainya, pelakon terkenal tanah air Datuk Rosyam Nor, 51, berkata, masyarakat perlu sedar mengenai pengaruh kuasa media abad ini.

“Sosial media yang mengaibkan, bawa berita palsu dan masyarakat kurang ambil tahu perkara yang sebetulnya menyebabkan mereka cepat menghukum tanpa melihat kebaikan dengan cari kesalahan.

“Inilah dinamakan penjajahan media melalui sosial media. Begitu juga hal berlaku terhadap negara-negara Arab yang jatuh kerana persepsi masyarakat terhadap sosial media yang mereka terima,” katanya ketika ditemu bual semasa sidang media dalam pelancaran filem Proksi semalam.

Isu berhubung permasalahan jenayah siber dipaparkan dengan teliti dalam Proksi bertujuan untuk menyedarkan masyarakat mengenai situasi bahaya yang sebenarnya berlaku dalam dunia siber.

Dalam filem tersebut, Rosyam memegang watak sebagai Remy dan banyak memainkan watak berkenaan secara psikologi yang diakui memberi cabaran buat dirinya.


Jelaslah bahawa masyarakat ujarnya, bukan mufti untuk menghukum dan melabel orang lain sebaliknya memberi teguran dan mengambil kebaikan adalah lebih baik dari itu.

Berita dan informasi yang diterima perlu diteliti terlebih dahulu sebelum disebarkan kepada khalayak ramai sepertimana yang dinyatakan di dalam al-Quran.

“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini di sebabkan kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan,” surah al-Hujurat ayat 6. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori