Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Hubungan Kaum Di Malaysia...

KUALA LUMPUR - Insiden pergaduhan di Plaza Low Yat mencemarkan imej Malaysia sebagai...

Mega Buat Kemunculan Semula,...

KUMPULAN rock yang cukup popular era lewat 1980-an, Mega tampil membuat kemunculan semula...

Bot Nelayan Vietnam Jadi...

Pelupusan bot itu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas ia dilucut hak...

Biar Papa Asal Bergaya:...

SUATU hari, di celah-celah kesibukan kota metropolis, kelihatan 'dia': seorang gadis muda bertata rias...

Masyallah.. Pangasuh Tampar, Ikat Bayi Di Taska Putrajaya

LAGI kes penderaan bayi oleh pengasuh dilaporkan. Namun, kali ini lebih gila dan kejam!

Beberapa keping memaparkan gambar seorang bayi didera dan diikat mulutnya kini tersebar meluas di media sosial.

Wajah dan badan bayi itu juga jelas kelihatan membirat dipercayai kesan daripada tamparan yang kuat.

Menurut satu sumber, insiden berkenaan berlaku di salah sebuah taska yang terletak di Putrajaya bernama The Castle For Kid.

Kekejaman terhadap bayi terbabit sekali gus mengundang amarah ramai yang mengharap pengasuh berkenaan menerima hukuman yang setimpal.

12 DSAIb fasha

231


Sementara itu, pemilik taska berkenaan tampil membuat laporan polis susulan penyebaran gambar penderaan tersebut, pada Selasa lalu.

Dalam laporan tersebut, pemilik taska yang dikenali sebagai Norwani Ismail mendakwa, insiden itu diviralkan oleh dua pekerjanya yang telah melarikan diri pada Sabtu lalu.

Jelas Norwani, dia percaya penderaan itu turut dilakukan oleh dua pekerjanya itu yang dikenali sebagai Asmida, 19, dan Rosaliah, 21, tanpa pengetahuannya.

Dia mendakwa kes itu sebenarnya telah selesai lama dan pihak taska juga telah memaklumkan hal yang sebenar kepada ibu bapa bayi berkenaan.

Susulan laporan polis, Norwani mahu kes berkenaan disiasat agar pihaknya tidak lagi dipersalahkan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori