Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Angka Kematian Insiden Rempuhan...

KUALA LUMPUR -- Angka kematian dalam kejadian rempuhan ketika ibadah melontar jamrah di...

PM Tak Boleh Nasihat...

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa perdana menteri tidak boleh menasihati Yang di-Pertuan...

Nenek, 2 Cucu Maut...

JOHOR BAHRU - Seorang nenek bersama dua cucunya terbunuh apabila kereta dinaiki mereka...

Sultan Pahang Minta Rakyat...

PEKAN - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menyeru agar rakyat menolak perjuangan militan...

“Masya Allah… Sia-Sia Dia Jadi Menteri Pendidikan”

Kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk memasukkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam buku sejarah di sekolah ternyata undang kejutan daripada pelbagai pihak.

Ini termasuk veteran politik, Tan Sri Dr Rais Yatim yang juga Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan sambil zahirkan kebimbangan terhadap imej negatif Kementerian Pendidikan ketika ini.

“MasyaAllah… kalau betullah berita ni sia sia dia dibiarkan terus memimpin Kementerian Pendidikan. Rosak,” kicau beliau; yang juga pernah dilantik sebagai menteri dari 1986 hingga 2013 lalu – menerusi akaun sosial Twitternya itu.

Rais memberikan reaksi kesal tersebut sebagai mengulas pelbagai laporan media mengenai kenyataan aneh Maszlee di Dewan Rakyat semalam ketika jawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan.

Bekas timbalan menteri dari UMNO itu mahu tahu apakah jangka masa untuk sesuatu peristiwa sebelum dianggap sejarah oleh pihak Kementerian Pendidikan, selain daripada tajuk yang jadi kontroversi bagi subjek berkenaan.

Jawapan Maszlee itu membuatkan Ahmad mengingatkannya agar turut memasukan isu kehilangan dana negara sebanyak RM32 bilion dalam skandal forex ketika era Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-4.


Namun, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu dengan angkuh tidak peduli cadangan Ahmad dan terus sambung jawapannya bagi memastikan skandal 1MDB dimasukkan sukatan buku teks pelajaran Sejarah di sekolah awam.

Turut komen isu tersebut ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melalui jawapan balas beliau mengingatkan Maszlee supaya tidak biadab peralatkan para pelajar sekolah dan menganiaya masa depan mereka.

Mantan menteri kewangan tersebut malahan dengan tegas menerusi akaun sosial Facebooknya menyataan bahawa ada masa dan tempat untuk Maszlee bebas untuk berpolitik tetapi ia bukan di sekolah melibatkan murid-murid.

“Saya rasa tidak lama lagi Maszlee sendiri akan masuk dalam buku sejarah,” kata Najib dalam nada sindiran melalui hantaran pada laman tersebut yang turut tular dikongsi dan diperbincang ribuan netizen. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori