Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Rosmah Tidak Kemuka Mohon...

KUALA LUMPUR – Polis tidak menerima permohonan daripada isteri bekas perdana menteri, Datin...

Hasil GST Tidak Akan...

ARAU - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek...

Zahirkan Kasih Sayang Untuk...

KUALA TERENGGANU - Kasih sayang kepada ibu dan anggota keluarga yang lain perlu...

PLUS Tutup Lorong Tambah...

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua lorong tambah nilai...

Masuk ‘Free’, Pelawat Rosak Pusat Sains Negara

SEGELINTIR masyarakat masa kini nampaknya langsung tidak menghargai kemudahan yang telah disediakan. Mereka malahan ada tergamak merosakkan harta benda awam dengan sesuka hati.

Baca: Laluan Pejalan Khas Untuk OKU, Tapi Letak Motor Pula?

Sebelum ini, kita selalu dengar mengenai kes stesen MRT yang telah dicemari dengan kegiatan vandalisme, bahkan Lebuhraya Pintas Rawang tular apabila diconteng dengan lukisan graviti dan banyak lagi contoh lain.

Kini, tiba masanya untuk Pusat Sains Negara di ibu negara pula menerima nasib yang sama apabila ada barang pameran telah dirosakkan oleh pengunjung.

Pusat Sains Negara sebelum ini telah ditutup dalam tempoh lebih setahun bagi usaha menaik taraf serta proses pembaharuan ruang pameran.

Jadi, pihak Pusat Sains Negara telah mengambil keputusan untuk membuka semulaa pada 11 Oktober lalu serta masuk adalah secara percuma sehingga 31 Disember ini.

Namun, portal Malaysian Digest telah melaporkan bahawa terdapat banyak barang pameran di pusat itu telah dirosakkan sekitar awal bulan lalu.

Pihak Pusat Sains Negara juga telah mendapati terdapat beberapa kesan lubang pada dinding, lampin bayi yang dibuang merata-rata, replika kepala haiwan sudah patah dan banyak lagi kerosakan yang telah mereka alami.

Rata-rata pengunjung bagaikan tidak menghargai segala kemudahan yang disediakan kerana dengan sesuka hati banyak barangan telah dirosakkan begitu sahaja!

Pihak pengurusan juga telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Facebook rasmi Pusat Sains Negara dengan menujukkan kerosakan yang telah mereka dapati di ruangan pameran berkenaan.


Pengunjung yang datang merupakan golongan oorang dewasa dan kanak-kanak sendiri dan tak mustahil mereka juga telah melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut.

Malah, apa yang lebih mengejutkan ialah ada beberapa kanak-kanak sedang bersuka-ria bemandi-manda di dalam sebuah kolam di dalam kawasan tersebut.

Difahamkan kolam itu bukanlah dibina sebagai tempat mandi kerana ianya hanya merupakan kolam air pancut hiasan sahaja.

Mungkin mereka fikir ianya seperti kolam mandi yang disediakan di kawasan taman Suria KLCC. Tapi sebenarnya tidak sama sekali.

Ramai netizen naik angin selepas melihat  gambar yang telah dimuat naik dan menganggap ibu bapa yang membawa anak mereka langsung tidak mengawasi keadaan.

Sudahlah masuk secara percuma, dibuat pula tempat itu bagaikan rumah sendiri hingga merosakkan semua harta benda.

Bukan hanya netizen sahaja yang kecewa malah pihak Pusat Sains Negara turut kesal atas kejadian tersebut kerana ianya sangat memalukan serta mengecewakan.

Diharapkan selepas ini masyarakat umum dapat mengambil berat mengenai perkara ini. Jangan sesekali merosakkan harta benda awam sesuka hati tanpa berfikir panjang.

Mereka sepatutnya menggunakan kemudahan itu dengan baik dan menghargai pihak pengurusan yang beri kelonggaran masuk secara percuma ke pusat pameran berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori