Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Liverpool Mara Separuh Akhir...

LIVERPOOL mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Manchester City dengan 2-1,...

Babi Hutan Mati Tersangkut...

NAMPAKNYA dalam cuaca panas begini bukan ular sahaja yang keluar tapi juga haiwan...

Mayat Bayi Ditinggalkan Di...

JITRA – Mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemui seorang jemaah di...

Selangor Industrial Ride 1.0...

SHAH ALAM - Program berbasikal anjuran Invest Selangor Berhad, Selangor Industrial Ride 1.0...

Masjid Terapung Kuching Dijangka Siap Hujung Tahun

KUCHING – Hasrat penduduk tempatan melihat masjid terapung pertama seumpamanya di Sarawak yang turut menghiasi Tebingan Sungai Kuching sebagai satu lagi mercu tanda kebanggaan negeri sebelum ketibaan Aidilfitri tahun ini tidak kesampaian, apabila penyiapannya tertunda sehingga hujung tahun ini.

Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Khairat Masjid Bandar Kuching, Dr. Syajahan Sayed Ahmad berkata 60 peratus daripada projek pembinaan masjid itu telah pun disiapkan, namun ia tersasar dari tarikh asal penyiapannya yang awalnya dijadualkan siap bulan depan.

Beliau berkata projek pembinaan masjid itu dimulakan sejak 2016 bagi memenuhi keperluan tempat beribadat yang selesa, khusus menggantikan Masjid India di Jalan Gambier yang semakin sesak, terutama pada hari Jumaat.

“Bagi mengelak apa-apa lagi risiko lanjutan tarikh penyiapannya, pihak kami mengadakan perjumpaan dengan pihak kontraktor setiap bulan bagi memastikan kelancaran projek,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini.

Menurutnya selain sumbangan kerajaan negeri, derma ikhlas daripada individu, pihak korporat dan orang ramai juga banyak membantu dalam menjayakan projek pembinaan masjid yang dianggar bernilai RM15 juta itu.

Syajahan berkata masjid dua tingkat dengan reka bentuk menarik itu nanti boleh memuatkan sekitar 1,600 jemaah pada satu-satu masa, dan keunikannya terletak pada sebahagian tapaknya yang berada di tebing sungai, manakala sebahagian lagi di atas sungai, yang membolehkan ia dinobatkan sebagai Masjid Terapung.


Beliau berkata apabila masjid ini disiapkan, masjid lama yang dikenali sebagai Masjid India di Jalan Gambier itu akan dijadikan sebagai madrasah, dan dimanfaat sebaiknya bagi kegiatan ilmu yang berunsur keagamaan.

Katanya beliau berharap usaha pembangunan masjid itu akan berjaya menarik lebih ramai menunaikan ibadat di masjid baharu tersebut kerana kedudukannya yang lebih mudah dilihat, di samping terletak di kawasan yang menjadi tumpuan ramai pelancong.

Menurutnya ia berbeza sekali dengan kedudukan Masjid India ketika ini yang agak tersorok, yang sering kali hanya disedari kewujudannya oleh orang ramai di kawasan itu apabila kedengaran azan. – BERNAMA

Kategori