Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Hadiah Kasut Kepada...

WASHINGTON – Tindakan dua anggota polis yang menghadiahkan sepasang kasut kepada seorang budak...

Hospital Taiping Minta Waris...

TAIPING - Hospital Taiping di sini mencari waris seorang wanita yang meninggal dunia...

Air Selangor Bertindak Terhadap...

KUALA LUMPUR - Sebuah tapak projek laluan MRT di Kepong di sini dikesan...

Hubungan Dira Dan Suami...

PELAKON Dira Abu Zahar menafikan khabar angin mendakwa konon rumah tangganya kini dilanda...

Masjid, Rumah Penduduk Islam Sengaja Dibakar!

MILITAN Buddha di Sri Lanka sengaja mencetuskan konfrontasi dengan membakar rumah-rumah penduduk Islam dan terbaharu pula bertindak menyerang sebuah masjid di Kandy.

Menurut Reuters, keganasan yang berupa rusuhan dan serangan ini semakin teruk merebak di seluruh Sri Lanka selepas seorang penganut Buddha dari majoriti etnik Sinhala terbunuh dalam rusuhan berkenaan.

Ia turut disahkan oleh Setiausaha Good Governance Party, Najah Mohamed yang berkata bahawa aksi keganasan tersebar di seluruh kawasan, bukan hanya di Kandy.

“Kami menghadapi ketegangan yang sama yang dengan kerajaan terdahulu di mana kebencian, dan keganasan terhadap umat Islam berleluasa.”

“Umat Islam hanya 10 peratus daripada populasi, selebihnya adalah etnik Sinhala beragama Buddha. Keganasan agama dan etnik mengakibatkan ramai umat Islam terbunuh,” katanya.

Menurut pegawai polis kawasan itu, Ruwan Gunasekera, perintah berkurung dilaksanakan bagi mengawal keadaan di kawasan tersebut.

“Lebih 12 suspek ditahan kerana disyaki terbabit dalam serangan bom petrol,” katanya.


Dilaporkan, rusuhan anti-Islam tersebut telah mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan merosakkan puluhan buah rumah serta masjid.

Menteri kanan beragama Islam, Rauff Hakeem turut meluahkan kekecewaan terhadap serangan yang hanya menyasarkan harta benda milik penduduk Islam yang merupakan etnik minoriti.

“Kegagalan tentera dan perintah undang-undang menjadi punca kepada masalah ini. Kerosakan tersebut tidak dapat dibayangkan, jelas sekali adalah jenayah kebencian,” katanya.

Pertembungan itu berlangsung seminggu selepas sekurang-kurangnya lima orang cedera dan beberapa buah kedai serta masjid rosak akibat diserang militan Buddha di timur Sri Lanka. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori