Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Media Prima Lantik Ismee...

KUALA LUMPUR – Media Prima Bhd telah melantik Tan Sri Ismee Ismail sebagai...

Euuu! Bangkai Tikus Dalam...

SINGAPURA – Awal bulan ini, warga Singapura gempar apabila Caron Chan, seorang pelanggan...

PBT Jadi ‘Bapa Angkat’...

MELAKA - Kerajaan negeri mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar melantik pegawai kanan...

“Lebih Jijik Lagi Ada...

KUALA LUMPUR - Islam menyuruh umatnya supaya menjaga penampilan diri di hadapan orang...

Masjid Dititah Solat Hajat Mohon Kesembuhan Al-Sultan Abdullah

KUANTAN – Semua masjid di Pahang dititah mengadakan solat hajat, bacaan Yassin dan Tahlil serta doa selamat bagi mendoakan kesembuhan segera buat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), di ibu negara.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah menitahkan supaya majlis itu diadakan selepas solat Maghrib hari ini.

“Tengku Hassanal juga berkenan supaya solat hajat bagi mendoakan kesembuhan segera dan semoga Seri Paduka dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan, diadakan selepas solat Jumaat esok.

“Semoga Allah juga melindungi negara dan Pahang daripada segala bencana, wabak, mala petaka dan huru-hara,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Pada Selasa lepas, Istana Negara mengesahkan Al-Sultan Abdullah yang juga Sultan Pahang dimasukkan ke Wad Diraja IJN selepas berasa kurang selesa dengan kesihatan, bagaimanapun Seri Paduka tidak dalam keadaan membimbangkan. – BERNAMA

Kategori