Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kereta Api Rempuh Bas...

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 11 kanak-kanak maut manakala tujuh lagi cedera parah pada...

Tun M Dinasihat Baca...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dinasihatkan agar melihat...

175 Kontena Bahan Sisa...

BUTTERWORTH - Sebanyak 175 kontena di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) didapati penuh...

Keluarga Mohon Bawa Pulang...

KUCHING - Ibu kepada enam anak, Zunita Sedini merayu bantuan kerajaan untuk membawa...

Masjid Baharu Gua Musang Unik Macam Masjidil Haram

LAZIMNYA masjid di negara ini dikenali kerana bumbungnya berbentuk kubah dan ada juga seperti atap rumah Melayu tipikal kerana mengambil kira faktor cuaca tropika termasuk hujan lebat.

Bagaimanapun penduduk di Gua Musang, Kelantan bertuah apabila masjid baharu yang giat dibina di kawasan Bandar Lama tersebut direka khas dengan menye­rupai model Masjidil Ha­ram di tanah suci Makkah, Arab Saudi.

Masjid yang bakal menjadi ikonik daerah ini yang menelan belanja RM27 juta dijangka siap selewat-lewatnya April tahun depan ekoran berlaku kelewatan sedikit ketika kontraktor memulakan projek pembinaan awal tahun ini.

Perkara tersebut disahkan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) setempat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab. Aziz Yusoff ketika ditemui pemberita di tapak pembinaan masjd berkenaan kelmarin.

Pada ketika ini, projek tersebut berjalan lancar dan telah siap sebanyak 36 peratus. Kata Ab. Aziz, masjid berkenaan apabila siap kelak bakal menjadi mercu tanda baharu di jajahan terbesar tetapi agak terpencil di Kelantan itu.

“Kemungkinan besar masjid ini akan dapat siap sebelum April. Kita malah me­nyasarkan menjelang bulan Mac tahun hadapan, masjid ini sudah boleh digunakan oleh masyarakat Islam untuk melakukan segala urusan ibadat.

“Dengan pembinaan masjid baharu ini kita berharap dapat menampung bilangan penduduk untuk solat fardu Jumaat setiap minggu selain solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta acara forum,” kata Ab. Aziz lagi.

Turut hadir ialah Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang, Tuan Mustapha Tuan Soh. Apabila siap kelak ujar beliau, masjid ini juga akan dilengkapi dengan ruang kelas dan kursus, bilik komputer serta perpustakaan.


Tambah Ab. Aziz, beliau juga tidak sabar mahu melihat rekaan masjid yang diilhamkan sendiri oleh Ahli Parlimen BN Gua Musang, Tengku Raza­leigh Hamzah ini siap sepenuhnya dan akhirnya dapat digunakan oleh rakyat.

“Selain kemudahan parkir kereta, rumah imam dan dewan serba guna, bangunan utama masjid ini juga akan mempunyai sembilan buah menara setinggi 30 meter yang menyerupai Masjidilha­ram di kota Makkah,” katanya.

Masjid ini yang mampu menampung kapasiti maksimum 3,000 jemaah turut akan dibina sebuah replika kaabah untuk membolehkan peserta bakal peserta yang menghadiri kursus haji atau umrah melakukan siri latihan tawaf.

Ketika ini, Gua Musang mempunyai Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra yang siap dibina pada 1991 lalu di Mukim Bandar Baru, Daerah Galas dan bertaraf sebagai masjid utama jajahan tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori