Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ziyad Zolkefli Lakar Satu...

KUALA LUMPUR – Atlet para Malaysia, Muhamad Ziyad Zolkefli memecah satu lagi rekod...

Anggota Tentera Mengaku Tidak...

MELAKA - Seorang tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari...

Bangla Ditangkap, Sedang Selingkuh...

ADATLAH.. apabila sesuatu 'topik' sedang hangat diperkatakan maka satu demi satu isu mengenainya...

Bayi Perempuan Ada 2...

JAKARTA - Bayi kembar siam perempuan yang dilahirkan dengan dua kepala namun mempunyai...

“Masih Dalam Fasa Bulan Madu, Tapi Sudah Sedia…”

SUDAH menjadi lumrah, setiap pasangan berkahwin pastinya sering diasak dengan pertanyaan mengenai zuriat terutamanya daripada kalangan ahli keluarga sendiri.

Begitu juga buat pasangan, Izara Aishah dan Adib Khalid yang tidak terkecuali diajukan mengenai persoalan itu. Namun, pasangan ini dilihat tidak mudah melatah sebaliknya sentiasa tenang dalam menjawab persoalan tersebut.

Kata Adib, dia mengakui kini sudah bersedia untuk menimang cahaya mata bersama-sama dengan isterinya itu namun memberitahu mereka masih melalui fasa berbulan madu untuk hidup berdua.

Pun begitu, dia mengakui bahawa mereka tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa yang terdekat.

“InsyaAllah kami sudah bersedia untuk menimang cahaya mata pada bila-bila masa. Tapi saya rasa kami masih dalam fasa bulan madu, mungkin mahu berdua dahulu untuk beberapa tahun. Bagaimanapun kami tidak tolak jika rezeki anak datang awal,” katanya dipetik Astro Gempak.

Dalam perkembangan lain, Izara pula berkata, dia mengakui tidak pernah tertekan atau rimas apabila ditanya mengenai isu berkenaan kerana mengganggap ia suatu soalan yang normal.


“Kami sering mendapat soalan mengenai anak sejak sudah berkahwin ini. Bagi saya biasalah orang hendak memulakan perbualan untuk berborak.

“Saya tidak tertekan kerana dulu bila belum kahwin orang tanya bila nak kahwin. Kini sudah kahwin soalan anak pula timbul,” ujar Izara.

Izara dan Adib yang juga anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berkahwin pada 17 November 2017. – MYNEWSHUB.CC

Kategori