Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PAS Belum Nampak Matlamat...

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata penubuhan Persatuan...

Keputusan Bertanding Presiden UMNO...

GUA MUSANG - Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah sedang menimbang sama ada akan...

Tuduhan Zuraida Sangat Spesifik...

KAJANG - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail...

8 Tan Mercun Bernilai...

MACHANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas lapan tan mercun dan...

Masalah Teknikal Punca Bayaran Bantuan JKM Lewat – TPM

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memberi jaminan kelewatan pembayaran Bantuan Persekutuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi November tidak akan berulang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bantuan terbabit sudah pun diluluskan tetapi mengalami masalah teknikal membabitkan prosedur hingga mengganggu pemindahan ke akaun penerima.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, bantuan akan mula dikreditkan ke dalam akaun penerima, Khamis ini.

“Kita memohon maaf dan masalah akan selesai sebelum 10 November ini.

“Perkara ini akan ditambah baik bagi memastikan ia tidak berulang,” katanya.


Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Perbincangan Meja Bulat dan Kelas Induk Mengenai Inklusi Halal Anjuran Pusat Pengajian Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) dan Bank Pembangunan Islam di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia, Zulkifli Ismail memaklumkan 484,828 penerima bantuan kebajikan Persekutuan akan mengalami kelewatan bantuan bagi bulan ini, berpunca daripada masalah teknikal. – BH Online

Kategori