Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Biadap! Wanita Ini Koyak,...

SEORANG wanita di Slovakia nampaknya cuba menyalakan provokasi terhadap umat Islam apabila merakam...

Malaysia Kaji Jadi Hos...

PUTRAJAYA - Malaysia sedang mengkaji kemungkinan menjadi hos Sidang Kemuncak Hutan Hujan Asia-Pasifik...

Lemas: Kehilangan Dua Penyerang...

HULU SELANGOR - Dua daripada lapan murid Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1...

Wajah Hantu Tertangkap Kamera,...

DUBLIN - Satu keluarga di selatan Ireland hidup dalam ketakutan setelah tidak sengaja...

Enggan Memori Dilamar Hilang, Wanita Masak Bunga

SEORANG wanita berusia 25 tahun bernama Youyou dari Hangzhou City di wilayah Zhejiang, timur China, menjadi sensasi di Internet selepas bertindak ‘pelik’ apabila memasak 99 kuntum bunga ros hasil pemberian tunangnya sewaktu melamarnya.

Difahamkan Youyou dan teman lelakinya bertunang pada 9 Disember lalu menerima lamaran 99 kuntum bunga ros dan mahu mengabadikan memori indah itu lebih lama tetapi kecewa selepas melihat beberapa kuntum bunga itu bertukar layu.

Tidak mahu memori indah itu terpadam begitu sahaja, Youyou membuat keputusan untuk mengekalkan memori itu dengan memasaknya kepada bentuk jem supaya dapat digunakan untuk membuat penkek bunga ros sendiri, snek popular di wilayah Yunnan.

Walau bagaimanapun, tindakannya dipersoalkan oleh ibunya sama ada bunga ros itu boleh dimakan atau tidak lalu dia beralih kepada media sosial untuk mendapatkan nasihat.

Pertanyaan yang diajukan menerusi media sosial telah menarik perhatin pengguna laman sesawang tempatan yang memberikan pelbagai komen, pujian, malah ada juga yang menjadikannya sebagai bahan jenaka.


Laman Weibo rasmi milik majalah sains berkala Bowu memberitahu jem yang dihasilkan oleh Youyou tidak boleh dimakan kerana mengandungi racun perosak. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: sputniknews.com

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori