Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kita Hanya Perlu 1...

TEGAS... Kerajaan diminta untuk bertegas tolak pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan...

Gresso R1: Peranti Android...

Syarikat pengeluar peranti pintar mewah, Gresso telah dikenali umum melalui rekaan mewah cengkerang...

Ada Keretakan Di Jambatan...

Pihak Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) memaklumkan laluan di Lebuh Raya Pantai Timur...

Safiq Rahim Bergelar Duta...

SIAPA cakap pemain bola pun tak boleh jadi model dan duta produk kan.Mereka...

Mark Adam, Remy Ishak, Abam Bocey Meriah Syawal AlHijrah

SESUAI dengan matlamat menjadikan dakwah itu sebagai tali persaudaraan, sambutan Aidilfitri tema #SyawalSatuKemenangan menampilkan kepelbagaian wajah dalam program TV AlHijrah.

WhatsApp-Image-20160704 (3)

Malam Hari Raya bakal dimeriahkan dengan program tahunan khas yang dihoskan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid – Syawal Kemenangan.

Program tiga jam dari Laman Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur ini akan bersiaran secara sesi kasual dan santai tetapi penuh dengan nasihat mengenai cara meraikan Hari Raya menurut unjuran Islam.

Ustaz Don Daniyal bersama Fadzli UNIC dan Farahanim akan mengendalikan pelbagai segmen bersama-sama tamu undangan.

Program ini mula bersiaran pada malam raya (5 Julai) jam 11.00 malam hingga 2.00 pagi (6 Julai).

Selain sesi mengupas sirah dan hadis berkaitan Syawal, penonton akan diraikan dengan muzik unplugged bertemakan lagu-lagu raya nyanyian pelbagai grup buskerz yang diundang dari seluruh negara.

Pagi 1 Syawal (6 Julai) pula, program bual bicara Assalamualaikum akan mula bersiaran seawal 7.00 pagi dengan lintas langsung solat Aidilfitri dari Masjid Negara.

Sempena 1 Syawal, Assalamualaikum turut melancarkan wajah baharu program yang memasuki tahun ketujuh bersiaran.

Set terkini berkonsepkan fasad mimbar masjid dengan tema warna putih biru yang melambangkan Islam sebagai agama yang cintakan kebersihan dan ketenangan.

Pada Raya Pertama dan Kedua juga, tiba masa program Klinik d’Hijrah mengisi satu lagi pembaharuan.

Program yang sebelum ini bersiaran setiap hari pada 7.00 pagi, diberi penghormatan bersiaran pada waktu puncak jam 8.30 malam sempena Aidilfitri Kedua dan Ketiga.

Mark Adam, penyanyi popular yang melafazkan syahadah dua tahun lalu dijemput sebagai bintang undangan Klinik d’Hijrah untuk berkongsi pengalaman baharunya menyambut Hari Raya sebagai muslim.

Selain pelat slanga Bahasa Inggeris apabila berbahasa Melayu, Mark Adam menceritakan pelbagai peristiwa lucu apabila dia belajar berpuasa dan beraya.


Malah, walaupun sudah bergelar Muslim – Mark Adam mendedahkan, dia sentiasa menyayangi ibunya.

Waima berjauhan ribuan batu, serta ibunya seorang Kristian dan tinggal di Filipina – dia menelefon ibunya setiap hari.

Selain Mark Adam, bintang kacak Remy Ishak turut hadir berkongsi pengalamannya meraikan Adilfitri sejak zaman kanak-kanak di kampung hinggalah ke tahun-tahun bergelar artis glamor.

Selain bintang pop, Klinik d’Hijrah turut menjemput pendakwah Ustaz Azman Syah Alias dan motivator tersohor, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah.

Klinik d’Hijrah juga menyediakan ruang istinewa kepada grup salawat komtemporari terkenal – Caravan of Praise.

Banyak yang mahu dikongsikan dalam Klinik d’Hijrah yang akan bersiaran pada 8.30 malam Hari Raya Pertama dan Kedua (6 dan 7 Julai).

Pelawak popular dengan taglines Gemuk Is Awesome, Abam Bocey pula akan muncul dalam program nombor satu TV AlHijrah – Shamsul Debat.

Dengan marathon dua episod sehari – program paling trending di media baharu ini akan bersiaran tiga hari berturut bermula 1 Syawal pada 11.00 dan 11.30 pagi. – MYNEWSHUB.CC

WhatsApp-Image-20160704 (1)

WhatsApp-Image-20160704

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori