Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Wanita Rendam Gajet Apple...

SEORANG wanita di Jepun ini tidak teragak-agak untuk memberi pengajaran kepada teman lelakinya...

Warga Emas 100 Tahun...

TAIPING - Meskipun hasratnya untuk mendapatkan kad pengenalan warganegara Malaysia (MyKad) belum tercapai,...

PM Singapura Jumpa Jong-un,...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, akan mengadakan pertemuan berasingan dengan...

Ada Pihak Kelirukan Rakyat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyelar...

Mario Muncul Di Google Maps Sempena Hari Mario

KEJUTAN… Peminat permainan Super Mario Nintendo kini boleh mendapatkan bantuan ‘pembaiki paip’ Itali yang ramah itu bagi memberikan panduan menerusi Google Maps bermula 10 Mac lalu.

Malahan pengguna Google Maps mempunyai pilihan selama seminggu untuk menggantikan penanda biru standard yang lazim memberi panduan perjalanan kepada mereka, dengan imej karakter Mario yang muncul menaiki go-kart.

Ciri baharu tersebut dilancarkan di seluruh dunia secara serentak pada 10 Mac, iaitu hari yang dinamakan sebagai Hari Mario, atas sebab kebetulan persamaan rujukan tarikh bulan dan nama Mario apabila ditaip iaitu Mar10.

Bagi mengaktifkan karakter lelaki bermisai itu, kedua-dua pengguna Android dan iOS harus memiliki versi terkini Google Maps sebelum dapat mengikut langkah-langkah biasa bagi mencari arah ke destinasi pilihan mereka.

Perbezaannya hanyalah sebuah kotak kuning dengan tanda soal yang akan muncul bersebelahan dengan butang ‘Start’. Apabila pengguna mula menekan kotak kuning tersebut, ia akan terus mengaktifkan “Mario Time“.

Baca: Watak Super Mario Kini Sudah Berusia 30 Tahun

Karakter berkenaan kemudian akan mengikut pengguna dengan menggunakan go-kartnya sepanjang perjalanan. Ramai peminat Mario di seluruh dunia menikmati ciri ini bahkan berkongsi perjalanan dengan karakter berkenaan.


Tanda pagar #MarioMaps turut tular dalam kalanga netizen yang amat teruja dengan ciri tersebut. Bagaimanapun ini bukanlah kerjasama pertama antara pihak Google dan pengeluar permainan elektronik Nintendo dari Jepun.

Menurut laporan laman sesawang Business Insider, Google dan Pokemon Company, yang juga dimiliki bersama oleh Nintendo, pernah melancarkan watak animasi terkenal Pokemon menerusi Google Maps pada tahun 2014.

Ini kemudian mendorong kepada pelancaran permainan popular kontroversi Pokemon Go yang hangat menjadi fenomena sepanjang 2016 sebelum beransur-ansur dilupakan pengguna tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori