Mariah Carey Masuk Restoran Diiringi Lagu Sendiri

PENYANYI terkenal antarabangsa Mariah Carey dilaporkan menyuarakan permintaan tidak masuk ‘akal’ apabila meminta pengurusan sebuah restoran memainkan lagunya saat dia memasuki restoran tersebut.

Bagaimanapun, berita tersebut bukanlah sesuatu yang pelik buat pengamal media, kerana penyanyi ini sememangnya terkenal dengan sifat divanya.

Menurut sebuah laman antarabangsa, Mariah ketika ini sedang bercuti di Itali bersama tunangnya James Packer serta anak kembarnya, Moroccan dan Monroe.

#dembubbles

A photo posted by Mariah Carey (@mariahcarey) on

Malah kelibat penyanyi ini bersama tunangnya juga dilihat memasuki sebuah restoran yang dikenali sebagai Ristorante Aurora di Capri untuk makan malam.

Difahamkan, menurut seorang sumber, saat pelantun lagu My All ini berjalan masuk ke dalam restoran tersebut, salah satu singlenya mula berkumandang di corong pembesar suara restoran berkenaan.

Mariah Carey Mainkan Lagu Sendiri Saat Memasuki Restoran

“Ada lagu yang mengiringinya masuk. Itulah Mariah Carey. Sudah pasti ada,” katanya kepada The New York Post.

Jelas sumber itu lagi, lagu-lagu Mariah kedengaran memenuhi ruang restoran tersebut ketika penyanyi itu bersama tunang dan lapan rakan mereka yang lain sedang menjamu selera.

Tambah sumber itu lagi, Mariah seorang yang berkarisma dan ramah dengan semua orang, malah penyanyi itu juga dilihat sempat merakamkna foto bersama peminat ciliknya. -MYNEWSHUB.CC

Loading...