Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

7 Lelaki Disabit Salah...

LONDON - Siasatan menyeluruh ke atas eksploitasi seksual membabitkan kanak-kanak di sebuah pekan...

Beckham Mahu Amerika Utara...

BEKAS kapten skuad bola sepak England, David Beckham tampil menyokong rantau Amerika Utara...

PH Tidak Pernah Berjanji...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) diminta meneliti keseluruhan manifesto pilihan...

Mangsa Serangan Seksual Kongsi...

IDEA yang berinovasi dan kreatif apabila seorang wartawan dari sebuah syarikat akhbar di...

Marahkan Izreen, Jurusolek Turut Kena Tempias!

SEORANG demi seorang menjadi mangsa kecaman akibat memuat naik gambar bersama-sama selebriti kontroversi, Izreen Azminda.

Baca: Jemput Izreen, Sheila Rusly Teruk ‘Dihentam’ Ramai?

Sebelum ini, penerbit tempatan iaitu Sheila Rusly telah dikecam kerana menjemput pelakon berkenaan sebagai artis jemputan dalam program Ketuk-Ketuk Ramadhan, kini nasib malang itu ‘terlekat’ pula pada jurusolek Naomi Larra.

Menurut Naomi, 33, dia berasa agak terkejut kerana ruangan komen di laman Instagram miliknya telah diserang dengan pelbagai kritikan serta cacian oleh netizen.

“Saya terkejut apabila menerima banyak komen berbentuk kecaman daripada netizen yang marahkan saya dan Izreen. Pelik pula apabila saya turut dikecam sedangkan itu hanyalah sekadar perkongsian hasil kerja saya sebagai seorang jurusolek.

“Gambar itu dirakam selepas saya menyolek Izreen untuk rancangan masakan Ketuk-Ketuk Ramadan yang menjalani penggambaran di sebuah pasar raya di Perlis, baru-baru ini,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Akibat tidak tahan dengan kecaman yang diterima, Naomi mengambil keputusan untuk memadam gambar berkenaan selepas ia tular.

Disebabkan itu, dia berasa agak terkilan dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang sering menjatuhkan hukuman terhadap orang lain.

Jika marahkan seseorang, tidak perlulah sehingga melibatkan individu yang tidak ada kena mengena.

“Sejujurnya, saya rasa sedih apabila membaca komen-komen negatif itu, lebih-lebih lagi ia dituturkan oleh orang Melayu kita dan rata-rata mereka masih muda. Bukan Izreen sahaja dikecam, malah saya turut menjadi mangsa hinaan.

“Orang kata berdiam itu lebih baik kerana kita sendiri pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku disebalik isu ini dan kalau nak bagi nasihat gunakanlah bahasa yang sopan,” tambahnya lagi.


Dalam masa yang sama, jurusolek yang bekerja bersama dengan JS Pictures itu turut mendedahkan beberapa insiden Izreen menangis ketika menceritakan tentang kontroversi yang sedang melanda dirinya itu.

Sepanjang lima tahun perkenalan mereka, Naomi menyifatkan pelakon drama Ahli Mesyuarat Tingkap itu sebagai seorang wanita yang menyenangkan serta tidak pernah bercakap buruk tentang orang lain.

“Semasa di belakang set, Izreen ada bercerita mengenai hal rumah tangganya sehinggakan dia menangis, namun dia masih professional kerana mampu tersenyum dan bergelak di hadapan kamera.

“Bagaimanapun, saya tak mahu ulas lanjut mengenai isu ini kerana ia merupakan masalah dalaman peribadi dan tidak manis untuk bercakap lebih-lebih.

“Izreen seorang wanita yang ceria, kelakar, baik hati dan tidak pernah menyakitkan hati orang lain. Semoga dia tenang menghadapi ujian hidup ini,” katanya.

Nama Izreen mula hangat diperkatakan selepas dia terpalit dengan kontroversi serta dituduh sebagai perampas selepas berkahwin secara rahsia bersama dengan pemuzik bebas, Ude Wahid.

Hal itu telah menyebabkan isteri pertama Ude iaitu Intan Liana Saleh telah diceraikan pada 28 Februari lalu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori