Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kit Siang ‘Sound’ Hadi...

KUALA LUMPUR - "Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melepaskan 'bom jangka'...

2 Wanita Jual Dadah...

GEORGE TOWN - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang menahan dua wanita. yang...

Obama Kutuk ‘Pembunuhan Kejam’...

WASHINGTON - Presiden Barack Obama mengutuk 'pembunuhan kejam' oleh kumpulan militan Negara Islam...

Sebanyak 158 SJKT Seluruh...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 158 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) daripada keseluruhan 524...

MARA Perlu Kekal Satu Entiti Berwibawa

SHAH ALAM – Majlis Amanah Rakyat (MARA) perlu terus kekal sebagai satu entiti yang berwibawa, kata bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Beliau berkata, jika fungsi MARA dipecahkan kepada beberapa kementerian sudah pasti ia sukar memberi tumpuan kepada pelaksanaan program yang melibatkan agenda Bumiputera.

“Macam mana pun kita tidak tahu apa perancangan Pakatan Harapan lagi, kita akan menilai…tetapi agenda Bumiputera itu perlu terus diperjuangkan dengan berkesan.

“Sebab MARA merupakan satu konglomerat yang besar, banyak cabangnya dan kita anggap ia amat penting untuk masa depan Bumiputera,” katanya kepada pemberita selepas makan tengah hari di Restoran Pok Usop Ayam Kampung di Bandar Setia Alam, di sini, hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas usaha kerajaan untuk merombak aktiviti utama MARA melalui konsep ‘pengasingan dan penyerapan’ ke bawah beberapa kementerian seperti Kementerian Luar Bandar dan Kementerian Pembangunan Usahawan.

Mengenai perancangan kerajaan untuk menstruktur semula Khazanah Nasional Bhd susulan peletakan jawatan pengarah urusan dan ahli lembaga pengarahnya, beliau menegaskan bahawa kesemua jawatan tersebut tidak melibatkan pelantikan politik.


Menurut Najib, meskipun lembaga pengarah syarikat dana nasional tersebut dipengerusikan oleh perdana menteri namun segala keputusan berpandu kepada nasihat yang diberikan oleh ahli lembaga pengarah dan pengurusan yang terdiri daripada golongan profesional.

Menurutnya, sewaktu beliau mengambil alih Khazanah asetnya cuma RM33 bilion, namun ketika beliau meninggalkan syarikat itu asetnya telah melonjak hampir RM134 bilion dan namanya tersohor di persada antarabangsa.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata peletakan jawatan pengarah urusan dan ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional akan memberi ruang kepada kerajaan untuk menyusun semula syarikat itu memandangkan dasar pentadbiran baharu berlainan daripada pentadbiran sebelum ini. – BERNAMA

Kategori