Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Syarikat Malaysia Perlu Berani...

KUALA LUMPUR - Syarikat Malaysia yang menjalankan perniagaan berasaskan pembangunan infrastruktur perlu berfikiran...

Penjawat Awam Perlu Amal...

KUALA LUMPUR - Semua penjawat awam perlu mengamalkan budaya kerja berintegriti, bertanggungjawab serta...

1,103 Positif Covid-19, 4...

KUALA LUMPUR - Kes positif Covid-19 di Malaysia masih merekodkan empat angka dengan...

KKM Rugi RM30.47 Juta...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan kerugian RM30.47 juta berikutan kegagalan pesakit menjelaskan bayaran...

Manusia Albino Mangsa Buruan, Serangan Di Tanzania

NEW YORK – Kesedaran orang ramai berhubung nasib individu yang menghidap masalah albinisme kini semakin tinggi, demikian menurut seorang remaja albino dari Tanzania, Pendo Noni yang pernah jadi buruan pihak tertentu kerana anggota badannya.

Noni, 18, menyatakan pertandingan kecantikan, pertunjukan fesyen dan liputan media-media yang mengetengahkan manusia albino banyak membantu menangani keganasan akibat kepercayaan tahyul di kawasan Afrika Timur.

Gadis itu kehilangan ta­ngan kanannya yang dikerat pemburu di Tanzania sewaktu berumur 14 tahun. Serangan itu didorong oleh satu kepercayaan karut yang mendakwa manusia albino adalah sumpahan menye­ramkan dan membawa nasib malang.

Anggota tubuh golongan albino berharga mahal di pasaran gelap dan lazimnya digunakan untuk upacara pemujaan serta ilmu sihir di Afrika.

Berdasarkan statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sekurang-kurangnya 75 orang albino dibunuh di Tanzania antara tahun 2000 hingga 2015 namun, angka itu dikatakan lebih tinggi kerana ritual pemujaan itu dijalankan secara rahsia di kawasan kampung-kampung.

Noni bersama beberapa mangsa senasibnya, Mwigulu Magesa, 15; Emmanuel Rutema, 16, dan Baraka Lusambo, 9, kini berada di Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan perubatan.


Satu pertubuhan amal untuk masyarakat albino, Under the Same Sun, mendakwa sejak tahun 2006, terdapat le­bih 520 serangan direkodkan di 28 buah negara. Tanzania mencatatkan kes paling tinggi iaitu lebih 170 serangan.

Albino merupakan sejenis gangguan sejak lahir yang menjejaskan satu daripada 20,000 orang di seluruh dunia dengan keadaan kekura­ngan pigmen pada kulit, rambut dan mata. Di Tanzania, ia melibatkan seorang daripada 1,400 penduduk. – Thomson Reuters Foundation

Kategori