Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Banjir: Mangsa Di Pahang...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah ini meningkat kepada 51...

Ada Tawar RM5 Juta...

MINAT... Seorang ahli perniagaan sanggup tawar RM5 juta untuk beli kereta Proton Saga...

Akaun Simpanan Shariah KWSP...

KUALA LUMPUR - Akaun Simpanan Shariah oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), meraih...

Adnan Minta Selesai Prestasi...

KUANTAN - Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) perlu mencari jalan penyelesaian terbaik...

Manifesto BN: Luar Bandar Menikmati Agihan

KUALA LUMPUR – Manifesto Barisan Nasional (BN) yang mencakupi pelbagai inisiatif dan merangkumi segenap masyarakat di peringkat usia akan menjana agihan ekonomi, khususnya di luar bandar.

Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivaarajh Chandran berkata bandar-bandar kecil akan lebih membangun dengan penambahan lebuh raya dan tambahan kemajuan sistem pengangkutan di sekitar bandar tersebut.

“Ia sekali gus membolehkan lebih banyak penduduk berniaga dan membuka peluang pekerjaan yang akan meningkatkan ekonomi penduduk di lokasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Malam tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN melancarkan manifesto parti itu di Axiata Arena, Bukit Jalil yang mengandungi 14 teras dan 364 inisiatif dalam usaha memperhebatkan negara.

Sivaarajh berkata dengan kira-kira tiga juta peluang pekerjaan baru bakal diwujudkan dalam pelbagai sektor, ia akan memberi manfaat secara langsung kepada pencari kerja khususnya golongan muda.

“Kami juga berterima kasih kepada BN kerana terus komited untuk memperkukuh sistem pendidikan pelbagai aliran di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan ini turut dimuatkan dalam manifesto itu,” katanya. – BERNAMA

Kategori