Mangsa Pertama Tiga Beradik Dikuatiri Lemas, Ditemui

KUALA BERANG – Mayat pertama kes lemas membabitkan tiga beradik di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, ditemui pada pukul 9.50 pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Mohd Basri Kamarazaman berkata, mayat Umar Iskandar Mohd, 21, ditemui 100 meter dari lokasi kejadian.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Mayat mangsa ditemui terdampar di dasar sungai oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Basri berkata, pihak bomba turut menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) daripada Jalan Klang Lama, bagi melancarkan lagi operasi pencarian dua lagi mangsa iaitu Khairil Firdaus, 17 dan Khalif Naim, 16.

Loading...