Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Koperal Polis Didakwa Minta,...

IPOH - Seorang koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Bayi Maut Dipercayai Akibat...

SEPANG - Seorang penjawat awam wanita dan teman lelakinya ditahan hari ini kerana...

Polis Evo 2 Tiada...

PUTRAJAYA - Lembaga Penapis Filem (LPF) mendapati filem 'Polis Evo 2' tidak mengandungi...

Elizabeth Tan Terima Semua...

PENYANYI Elizabeth Tan yang popular menerusi lagu Knock Knock mengakui dirinya berasa malu...

Mangsa Pencemaran Toksik Meningkat Kepada 4,035

PASIR GUDANG 15 Mac – Seramai 480 mangsa baharu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini dicatatkan setakat pukul 3 petang ini sekali gus menjadikannya jumlah terkini mangsa 4,035.

Mereka semuanya dirujuk ke pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini yang dibuka sejak pukul 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, daripada 480 mangsa itu, hanya 20 individu mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

“Sehingga pukul 3 petang ini, seramai 480 mangsa mendapatkan rawatan saringan awal di pusat saringan di Stadium Tertutup MPPG,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana di Menara Aqabah di sini sebentar tadi.

Menurutnya, pihak kontraktor yang dilantik sedang melakukan kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim melibatkan 1.5 kilometer secara keseluruhannya.


Dalam pada itu, kerajaan negeri juga ingin menafikan bahawa tiada kes kematian dilaporkan membabitkan mangsa insiden pembuangan sisa toksik yang dirawat di hospital sepertimana yang tular melalui media sosial. – UTUSAN ONLINE

Kategori