Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Barisan Nasional Perak Sedia...

IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum...

Sisa Minyak Hitam Di...

KUANTAN - Sisa minyak hitam yang ditemui di sepanjang pesisiran Pantai Beserah sejak...

Di Sebalik Kisah Hidup...

KUALA LUMPUR - Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mendedahkan sesuatu yang memang...

AS Mulai Berpaling: Pejuang...

TRAGEDI Ghouta satu pengajaran yang mahal. Apabila pejuang anti-Bashar Assad dibiar terkontang-kanting, ia...

Mangsa Maut Keracunan Alkohol Meningkat Kepada 22 Orang Di Selangor

SHAH ALAM – Jumlah mangsa yang maut akibat keracunan alkohol di sekitar Selangor meningkat kepada 22 orang setakat 8 pagi ini berbanding 20 mangsa semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata dua kematian baharu itu melibatkan warga Nepal dan Myanmar yang masing-masing berusia dalam lingkungan 30-an.

Ini menjadikan kematian setakat ini melibatkan dua rakyat Malaysia, dua warga Bangladesh, enam rakyat Nepal, 10 dari Myanmar, seorang warga India serta seorang individu yang tidak diketahui identitinya.

Katanya seramai 22 lagi mangsa masih menerima rawatan manakala 14 telah dibenarkan keluar hospital.

Kesemua mereka merangkumi dua warga tempatan, seorang warga Myanmar, warga Nepal (23), warga Bangladesh (9) dan seorang warga India, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.


Mazlan berkata setakat ini, polis merekodkan 58 mangsa keracunan alkohol di Selangor termasuk yang maut.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sebanyak 14 kes baharu keracunan alkohol dilaporkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Perak setakat tengah hari semalam.

Sejak Isnin lalu, lebih 20 orang yang terdiri daripada warga asing dan tempatan meninggal dunia dan berpuluh lagi dirawat di hospital di sekitar Lembah Klang dan Perak akibat keracunan alkohol. – BERNAMA

Kategori