Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anifah Aman Bawa Isu...

PUTRAJAYA - Malaysia dijangka mengetengahkan nasib yang menimpa etnik minoriti Rohingya di wilayah...

Peminat Minta Shukri Yahaya...

ISTERI kepada pelakon, Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan meluahkan rasa tidak puas hati...

Tarif Elektrik Baru Diumum...

Tarif elektrik baru untuk 2022 - 2024 akan diumumkan sebelum 1 Februari ini,,...

Kemelut Dengan DAP: PAS...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya akan...

Mangsa Banjir Di Terengganu Terus Meningkat

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 1,023 orang daripada 261 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 781 orang daripada 203 keluarga malam tadi.

Ketika ini, 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi di empat daerah di Terengganu iaitu masing-masing empat PPS di Marang, Setiu dan Kuala Terengganu manakala dua PPS dibuka di Kuala Nerus.

Pertembungan air pasang dan taburan hujan lebat malam tadi menyebabkan jumlah mangsa banjir terus meningkat di Marang kepada 553 orang berbanding 439 sebelum ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah mangsa banjir di Kuala Terengganu meningkat kepada 299 orang berbanding 181 orang dan Kuala Nerus seramai 144 orang berbanding 134 orang pada pukul 7 malam semalam.

Di Setiu pula, jumlah mangsa kekal 27 orang.


Cuaca cerah pada sebelah pagi ini dilaporkan di seluruh negeri. – BERNAMA

Kategori