Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

RAM Jangka Pertumbuhan Eksport...

KUALA LUMPUR – RAM Ratings jangka pertumbuhan eksport Malaysia pada November menyusut kepada...

MAFI Nilai Kerugian Akibat...

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sedang dalam proses menilai kerugian sektor...

Muka Seiras Syed Saddiq,...

PENANGAN populariti diraih Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman setelah menang...

Azizulhasni Awang Ulang-Alik Dari...

IPOH - Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang akan berulang-alik dari Kuala...

Mangsa Banjir Di P.Pinang Menurun Kepada 6,080 Orang

GEORGE TOWN – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat penempatan di empat daerah di Pulau Pinang menunjukkan penurunan sedikit pagi ini iaitu 6,080 orang melibatkan 1,572 keluarga berbanding malam tadi seramai 6,243 mangsa daripada 1,588 keluarga.

Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata sehingga awal pagi ini, daerah Seberang Perai Utara (SPU) masih mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi berbanding kawasan lain iaitu 3,955 orang daripada 965 keluarga.

“Jumlah itu masih sama dengan bilangan mangsa malam tadi dan beberapa jalan di kawasan itu masih ditutup antaranya Jalan Lahar Yooi-Sungai Dua, Lahar Yooi-Padang Menora, Jalan Pokok Tampang dan Jalan Padang Tonsun,” katanya di sini, hari ini.

Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) mencatatkan 1,913 mangsa membabitkan 546 keluarga, daerah Seberang Perai Selatan (SPS) 191 orang daripada 53 keluarga dan 21 mangsa daripada lapan keluarga di daerah Timur Laut.

Jurucakap itu berkata banjir di daerah Timur Laut semakin surut dan kemungkinan mangsa yang berada di pusat pemindahan akan balik ke rumah masing-masing hari ini.

“Semua mangsa banjir di empat daerah itu ditempatkan di 41 pusat penempatan dan keadaan banjir di SPU, SPT serta SPS juga semakin surut,” katanya.


Keadaan cuaca ketika ini di bahagian Seberang Perai mendung manakala di bahagian pulau adalah cerah.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 meter dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa. – BERNAMA

Kategori