Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

“Dia Nak Rogol…Dia Nak...

PUCHONG - "Kak tolong saya...saya hampir nak dirogol...laki tu nak bunuh saya...tolong saya...

7 Individu Ditahan Bantu...

KUALA LUMPUR - Tujuh individu ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang...

Kerusi DUN Pelabuhan Klang...

Hari ini khabarnya telah mula bertiup desas-desus bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri...

Tiada Pelajar Di Kerian...

BAGAN SERAI - Tiada pelajar sekolah di daerah Kerian dilaporkan terlibat dengan mana-mana...

Mangsa Banjir Di Kuantan Sedikit Berkurangan

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Kuantan sedikit menurun dengan 421 orang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) pada tengah hari ini, berbanding 435 orang pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata setakat 12 tengah hari, sebanyak tujuh PPS masih beroperasi.

“Mangsa terdiri daripada 112 keluarga dengan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating menempatkan mangsa paling ramai iaitu 122 orang daripada 33 keluarga diikuti SK Kempadang (77 orang, 19 keluarga), SK Sg Karang (69 orang, 22 keluarga).

“SK Beserah pula (56 orang, 17 keluarga), SK Sungai Isap Murni (41 orang, sembilan keluarga), Dewan Orang Ramai Balok (31 orang, lima keluarga) dan SK Sungai Ular (25 orang, tujuh keluarga),” katanya. – BERNAMA

Kategori