Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

AirAsia, Uber Jalin Kerjasama...

KUALA LUMPUR - AirAsia bekerjasama dengan perkhidmatan Uber bagi melancarkan pengalaman perjalanan para...

2 Warga India Ditemukan...

KUALA LUMPUR - Polis menemukan dua mayat lelaki warga India dipercayai dibunuh di...

PRU-15: UMNO Yakin Perdana...

KUALA LUMPUR : Pimpinan UMNO yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...

Maut Terbabas Lepas Cuba...

BANDA HILIR - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terjatuh akibat dihimpit sebuah...

Mangkhut: Tiada Rakyat Malaysia Dilaporkan Cedera

PUTRAJAYA – Kementerian Luar mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian taufan paling ganas, di peringkat antarabangsa dikenali sebagai taufan Mangkhut yang membadai Hong Kong, Macau dan beberapa kawasan di selatan China termasuk Guangdong pada Ahad dan Isnin.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata situasi di kawasan yang terjejas kekal bahaya, semua rakyat Malaysia dinasihatkan menangguhkan perjalanan yang tidak penting ke kawasan terjejas buat masa ini.

Katanya, menurut Pusat Pemantauan Hong Kong, Taufan Mangkhut kini beransur-ansur lemah dan diramalkan akan bergerak ke arah barat pada kelajuan 20 kilometer sejam menuju ke kawasan Guizhou, Chongqing dan Yunnan lewat hari ini.

“Pihak berkuasa tempatan bagaimanapun memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya banjir berikutan hujan lebat.

“Mereka yang melawat atau tinggal di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berada dalam bangunan atau rumah dan terus memantau ramalan cuaca terkini, serta mematuhi nasihat keselamatan oleh pihak berkuasa tempatan,” kata Wisma Putra.

Setakat pagi hari ini, empat kematian dilaporkan di wilayah Guandong dan lebih 200 orang cedera di Hong Kong dan Macau. Kira-kira 2.4 juta orang juta telah dipindahkan di wilayah Guangdong, menurutnya.

Kementerian Luar menerusi Pejabat Konsulat Jeneral di Hong Kong dan Guangzhou sedang memantau situasi itu, dan turut berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi perkembangan terkini dan nasihat untuk membantu mana-mana rakyat Malaysia.


Rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas dan memerlukan bantuan konsulat boleh menghubungi sama ada Konsulat Jeneral di Hong Kong atau Macau.

Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong di 24/F Malaysia Building, 47-50 Gloucester Road, Wanchai, Hong Kong SAR. Bagi mereka yang ingin menghubungi kedutaan, nombor telefonnya adalah ++852 2821 0800/+852 6900 6390/+852 6330 3900. Kedutaan juga boleh dihubungi menerusi e-mel [email protected]

Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou di Unit 1912-1918, CITIC Plaza Office Tower, 233, Tian He Bei Road, Guangzhou, 510610, China. Nombor telefon pejabat Konsulat Jeneral itu adalah +861 8826 4248 51/+861 8802 0317 46 dan e-mel [email protected] – BERNAMA

Kategori