Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tips Cantik Untuk Menyambut...

Merawat kulit dengan baik merupakan salah satu bentuk rasa syukur umat muslim terhadap...

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

KeTTHA, Terengganu Bincang Penstrukturan...

KUALA TERENGGANU - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) akan berbincang dengan...

Anzalna ‘Hilang’ Setahun Untuk...

KUALA LUMPUR - Pelakon Anzalna Nasir berkata, kehilangannya selama kira-kria setahun kerana mahu...

Mana ‘Pakar-Pakar’ Pakatan Harapan? – Najib

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyindir ‘pakar-pakar’ Pakatan Harapan yang didakwanya masih belum mengeluarkan sebarang cadangan atau formula bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan itu melahirkan rasa ‘kecewanya’ terhadap individu seperti Rafizi Ramli dan Tony Pua yang sebelum ini mengeluarkan bermacam-macam formula sebelum Pilihan Raya Ke-14 (PRU14).

Dalam kenyataan di Facebooknya itu beliau berkata, masuk hari ini sudah 20 hari Malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebelum PRU14, macam-macam formula diwujudkan. Masa negara menghadapi krisis paling besar, formula mereka “yilek” pulak,” katanya sambil bertanya adakah mereka berdua dalam keadaan “ok” atau sebaliknya.

Sementara itu, dalam entri berasingan, Najib menyatakan tidak bersetuju dengan saranan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta rakyat mengikat perut untuk membantu majikan.

“Pandangan saya pula ialah, ia lebih baik jika kerajaan PN (Perikatan Nasional) bantu majikan untuk teruskan perniagaan mereka dan mewujudkan lebih banyak lagi projek-projek infrastruktur serta peluang pekerjaan baru untuk melawan krisis Covid ini,” katanya. – Sinar Harian

Kategori