Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Penjenayah Hidup Bebas Menipu...

DI Malaysia, jika bijak - penipu boleh hidup mewah dan bermaharajalela sesuka hati....

Nicol Sumbang Pingat Emas...

INCHEON - Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David...

Rusia Arah Jet Pejuang...

MOSCOW: Rusia menghantar jet pejuangnya untuk mengiringi pesawat peninjau tentera Amerika Syarikat (AS)...

21,468 Kes Positif Covid-19...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes positif Covid-19 hari ini ialah 21,468 kes, hanya...

Mamat Khalid ‘Hentam’ Kenyataan David Teo

PENGARAH terkenal, Mamat Khalid tampil menegur penerbit MiG, David Teo agar tidak membandingkan kehidupan seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan kehidupannya sebagai seorang ahli perniagaan.

Menurut Mamat, kehidupan P. Ramlee tidak layak untuk dibandingkan dengan kehidupan David kerana pengarah berkenaan hidup di dalam dunia serba bongkak.

Menulis di laman Facebooknya: “Susut P. Ramlee dahulu pun sebab atas perbuatan manusia seperti awak yang memandang hina, mencari dan memuat naik segala kehinaan dan keaiban beliau untuk meletakkan beliau di tahap bawah awak.

“Awak yang rasa lebih bagus dalam dunia perfileman. Awak yang rasa lebih disayangi peminat, buatlah apa niat suci awak itu tapi tolong jangan guna nama P. Ramlee untuk meletakkan awak lebih bagus.

“Tolong la… jangan ulang perbuatan mereka yang terdahulu yang sama jahat,” tulis beliau.

Mamat Khalid 'Hentam' Kenyataan David Teo


Pengarah Hantu Kak Limah Balik Rumah itu memberi respons sedemikian berikutan kenyatan David dalam sebuah portal berita yang mahukan artis bergelar jutawan agar tidak hidup merempat seperti seniman agung tersebut di kemudian hari.

Baca: David Teo Tak Mahu Artisnya Merempat Macam P. Ramlee

Kenyataan ‘panas’ David itu kemudian mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan orang seni dan juga netizen yang menyifatkan kata-kata penerbit itu sebagai satu penghinaan terhadap P. Ramlee yang telah memartabatkan industri hiburan tanah air sejak berzaman lamanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori