Malaysia Tunggu Keputusan Arab Saudi Benarkan Haji

KUALA LUMPUR – Sebarang keputusan membenarkan jemaah haji Malaysia menunaikan ibadat itu musim ini bergantung pengumuman Kerajaan Arab Saudi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Malaysia akan menunggu pengumuman Kerajaan Arab Saudi terlebih dahulu, sama ada umat Islam dibenarkan untuk menunaikan haji tahun ini atau sebaliknya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Setakat hari ini, Kerajaan Arab Saudi belum membuat sebarang pengumuman, sama ada tahun ini dibolehkan untuk umat Islam mengerjakan haji atau tidak.

“Ketika ini, memang perintah berkurung untuk Aidilfitri (di Arab Saudi) dilaksanakan, tetapi belum ada pengumuman mengenai haji.

“Jadi, keputusan untuk Malaysia menghantar jemaah haji atau tidak adalah tertakluk kepada pengumuman dibuat Arab Saudi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan PKPB di Putrajaya, hari ini.

Loading...