Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pencipta Asal Robot Star...

PENCIPTA asal robot R2-D2 dalam filem Star Wars, Prof Tony Dyson dilaporkan meninggal...

Pertukaran Pelajar Antarabangsa Kunci...

JOHOR BAHRU - Program Pertukaran Pelajar Antarabangsa di negara ini dilihat sebagai satu...

Farid Kamil, Diana Danielle...

SHAH ALAM: Pelakon Farid Kamil, 42, dan isterinya, Diana Danielle, 32, sah bercerai...

Janji Pembangkang Sekadar Madu...

MUAR – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan janji-janji parti pembangkang sekadar “madu...

Malaysia Tidak Perlukan Jelmaan Ronaldo Atau Messi

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak perlu penjelmaan pemain bola sepak terkemuka dunia seperti Ronaldo atau Lionel Messi untuk muncul sebagai salah satu gergasi bola sepak, kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.

Beliau yang berada di Kuala Lumpur buat kali pertama sebagai Presiden FIFA berkata unsur penting yang diperlukan dalam menyaingi negara yang memiliki pasukan bola sepak yang hebat, adalah disiplin dan pelan tindakan atau halatuju yang menyeluruh.

“Tidak ada formula silap mata, tidak ada rahsia… untuk melihat Malaysia akan menjadi juara dunia pada masa hadapan. Satu-satunya jalan adalah dengan bekerja keras,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan F30 yang merupakan pelan halatuju Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu.

“Sudah pasti di negara seperti Malaysia, dengan usaha gigih, kejayaan pasti datang. Tidak perlu menunggu kelahiran Ronaldo atau Messi di sini untuk membolehkan Malaysia menikmati kejayaan. Ia boleh dicapai menerusi usaha keras, disiplin dan pelan tindakan yang lengkap,” katanya kepada permberita selepas majlis perasmian F:30 FAM, di sini.

FAM hari ini melancarkan pelan halatuju baharunya F:30 yang disasar untuk meletakkan pasukan bola sepak negara dalam kelompok lima pasukan gergasi bola sepak terbaik di Asia menjelang 2030.


Sementara itu Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa yang turut hadir ke majlis pelancaran itu berkata beliau menganggap F:30 sebagai kerangka kerja asas yang dapat membina ekosistem yang dapat memupuk pertumbuhan bolasepak Malaysia.

“Bagi pihak AFC, saya berharap Malaysia akan memperoleh hasil yang diharapkan menerusi initiatif hebat ini,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • FAM

Kategori