Tiada Tepung Protein Darah Babi Dari China

PUTRAJAYA – Malaysia tidak mengimport tepung protein darah babi dari China bagi kegunaan pemprosesan makananan haiwan di dalam negara.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam menegaskan bahawa pihaknya telah mengeluarkan arahan larangan pengimportan babi hidup dan produk sejuk beku babi sejak 18 Sept lalu.

“Ini adalah berikutan kejadian African Swine Fever yang berlaku di negara China,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selasa lalu, laporan akhbar The Asian Age telah menyatakan pihak berkuasa China telah mengesan virus African Swine Fever dalam tepung protein yang dihasilkan dari darah babi yang digunakan dalam penghasilan makanan haiwan di Huizhou, Guangdong. – BERNAMA

Loading...