Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Buat Sekolah Satu Aliran...

PUTRAJAYA : Pelaksanaan pendidikan sekolah satu aliran jika mendapat sokongan kalangan bukan Melayu...

Budak Lelaki Maut Dipercayai...

KUANTAN - Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia dipercayai didera ibu kandungnya...

Operasi MRT Fasa Pertama...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) fasa pertama bagi laluan Sungai...

Harga RON97, RON95 Dan...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95, RON97 serta diesel kekal, masing-masing pada...

Malaysia Tetap Teruskan Projek Kereta Terbang – Redzuan

PETALING JAYA – Malaysia tetap dengan pendiriannya berhubung projek kereta terbang pertamanya sekalipun dikritik oleh pelbagai pihak, termasuk pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Prof. Phillip Alston baru-baru ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

“Kita terbuka kepada mana-mana pendapat untuk membangunkan projek itu… PBB mungkin punya pandangannya sendiri,” kata Mohd Redzuan pada sidang akhbar selepas melawat syarikat pembekal solution ICT berasaskan sekuriti, Datasonic Group Bhd. di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Alston mengenai projek tersebut bahawa ia tidak praktikal dilaksanakan di Malaysia, dengan alasan negara ini sering terdedah kepada ribut dan kenderaan itu akan menggunakan terlalu banyak bahan bakar fossil.

Alston dilaporkan berkata projek kereta itu membazirkan sumber dan masa bagi Malaysia yang sepatutnya membuat persediaan bagi menghadapi kesan perubahan iklim yang kini mula terasa.

“Projek ini adalah inisiatif swasta. Jika anda lihat pada seluruh eko sistem industri itu sendiri, saiznya adalah kira-kira AS$500 bilion seantero dunia, ini industri besar yang kita harus terlibat dan sokong,” tegas beliau.

Prototaip kereta terbang itu sedang didirikan oleh sebuah syarikat Malaysia di Jepun, dan kerja membina kereta itu kini 85 peratus siap.

Kategori