Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kedah Perkenal Jersi Baharu...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengumumkan rekaan dua jersi baharu...

Bini Orang ‘Pangkah’ Cubaan...

SUDAH jadi tabiat segelintir lelaki agaknya, kerjanya adalah 'mencuba nasib' setiap kali mengenali...

Kelahiran Bayi Kembar Bongkar...

Paterson (Amerika Syarikat) - Tembelang seorang wanita yang curang akhirnya terbongkar selepas bayi...

JBPM Perak Larang Anggotanya...

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak hari ini melarang seluruh...

Malaysia Terima Vaksin Pfizer-BioNTech Seminggu Lebih Awal

PUTRAJAYA – Malaysia akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech seminggu lebih awal sebelum bermulanya Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama pada 26 Februari ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini.

Beliau berkata vaksin itu perlu diterima lebih awal, bagi membolehkan suntikan awal diberikan kepada 7,000 individu yang akan bertugas memberikan vaksin.

“Kita perlu dahulukan mereka yang akan bertugas memberi vaksin dan 7,000 vaksinator telah dipilih untuk disuntik awal, Oleh itu, (vaksin) ini djangka diterima awal seminggu dari tarikh 26 Februari,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Pada 11 Januari lepas, perjanjian untuk penghantaran fasa pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech BNT1262b ke seluruh negara dimeterai antara kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Kesihatan (KKM), dan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd.

Perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) melibatkan perolehan vaksin sebanyak 12,799,800 dos yang akan dibekalkan mulai penghujung Februari, meliputi 20 peratus populasi Malaysia dengan dua dos seorang.

Dr Adham berkata vaksin itu akan diterima secara berfasa iaitu 148,000 dos pada fasa pertama. 

Dalam pada itu, Dr Adham berkata KKM telah mengenal pasti 55 lokasi penyimpanan vaksin di seluruh negara yang dilengkapi Penyejuk Suhu Ultra Rendah (ULTF), memandangkan vaksin itu perlu disimpan pada suhu -70 darjah Celsius.

“Vaksin ini perlu dalam suhu -70  darjah Celsius secara berterusan, sehingga ia dikeluarkan untuk disuntik kepada mereka yang terlibat dalam fasa Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama,” katanya.

Beliau berkata KKM juga bekerjasama dengan Tenaga Nasional Bhd, untuk memastikan tiada ganguan bekalan elektrik berlaku di lokasi penyimpanan vaksin.

Mengenai 600 pusat pemberian vaksin yang akan dibuka di seluruh negara, Dr Adham berkata tujuh petugas terdiri daripada pegawai perubatan serta jururawat, akan ditempatkan di setiap fasiliti suntikan vaksin.


“Kita jangka dapat memberi 210 suntikan vaksin di satu-satu lokasi sehari dan sekiranya ia berjalan lancar… 120,000 suntikan dapat dijalankan setiap hari di semua 600 pusat pemberian vaksin,” katanya.

Beliau berkata KKM akan memastikan pusat pemberian vaksin yang akan dibuka itu, terletak di lokasi strategik dan mempunyai peralatan yang mampu menyimpan vaksin dengan baik.

“Pusat pemberian vaksin ini perlu teratur dan kemas, dan proses pemberian vaksin akan dilaksanakan dalam jumlah tertentu, kerana kita tidak mahu orang beratur panjang.

“Selain itu, perlu ada sesi rehat untuk mereka yang ambil vaksin dalam 30 minit, kerana kita tidak mahu ada kesan mudarat selepas suntikan,” katanya.

Rabu lepas, Dr Adham berkata KKM sudah bersedia untuk melaksanakan Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama, sebaik bekalan vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Malaysia pada 26 Februari ini.

Menurutnya, sesi latihan awal penghantaran vaksin tersebut ke Klinik Kesihatan Belaga di Sarawak pada 29 Januari dan Hospital Bintulu pada 30 Januari, berjaya dilaksanakan tanpa sebarang isu.

Beliau berkata, latihan awal penghantaran itu adalah untuk memastikan bekalan vaksin dari kilang syarikat gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat, Pfizer, di Puurs, Belgium yang menggunakan bekas ultra sejuk, sampai di Malaysia tanpa sebarang masalah. – BERNAMA

Kategori