Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

1,500 Anggota Polis Kawal...

GEORGETOWN - Seramai 1,500 anggota polis ditugaskan bagi mengawal kelancaran sambutan Thaipusam di...

Penduduk ‘Kampung Lemang’ Kembali...

KUALA KRAI - Kira-kira 50 penduduk Kampung Lepan Jenut atau lebih dikenali sebagai...

Nasihat Jho Low Isu...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa beberapa nasihat...

Pelayan Restoran Dituduh Cabul...

SEORANG pelayan restoran lelaki di sebuah pusat membeli-belah di Subang, Selangor telah dituduh...

Malaysia Tarik Diri Daripada Sertai Statut Rom

PUTRAJAYA – Malaysia memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang tekah ditandatangani pada 4 Mac lalu.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet hari ini setelah mengambil kira bantahan pelbagai pihak termasuk majlis raja-raja.

Jelas Perdana Menteri, bantahan itu berlaku kerana mereka tidak memahami isi kandungan statut berkenaan sehingga bertindak memburukkan kerajaan dan diri beliau.

“Kita menarik diri bukan kerana ia buruk kepada negara tetapi disebabkan kekeliruan yang dicetuskan oleh pihak tertentu.

“Kita dapat maklumat usaha ini libatkan raja-raja supaya menentang kerajaan khususnya Perdana Menteri,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.


Jemaah Menteri pada 12 Disember 2018 telah memutuskan supaya negara menyertai statut berkenaan.

Menurut Wisma Putra, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah telah menandatangani Instrumen Kesertaan untuk Malaysia menyertai Statut Rom bagi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). – UTUSAN ONLINE

Kategori