Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

3 Penjenayah Bersenjata Ditembak...

KUALA LUMPUR - Tiga daripada enam suspek bersenjata dipercayai terlibat dalam beberapa kes...

Remaja Cedera Dikerkah Beruk

ALOR SETAR - "Tiba-tiba seekor beruk keluar dari kawasan semak dan terus terkam...

Gajah Mati Lemas Selepas...

TAMAN NEGARA NAGARHOLE, India - Seekor gajah ditemui mati tersangkut pada satu pagar...

Kolam Renang Paling Dalam,...

Itali – Jika anda berjaya sampai ke dasar kolam ini, anda memang seorang...

Malaysia Sudah Keluar Dari Statut Rom

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara rasminya telah mengeluarkan Malaysia daripada senarai penandatangan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Dalam kenyataan dikeluarkan, keputusan itu dibuat berdasarkan notis awal daripada Kementerian Luar Negeri.

Pemberitahuan yang diterima daripada Menteri Luar Negeri seperti berikut:

“…Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk menarik balik Instrument Of Instruction daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 5 April 2019.

“Oleh itu, Malaysia membatalkan semula surat penyertaannya dan penarikan ini akan berkuatkuasa serta merta.

“Meskipun begitu, Malaysia komited terhadap kedaulatan undang-undang untuk mengadili para pelaku pembunuhan beramai-ramai, jenayah kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.


“Ini sejajar dengan dasar kerajaan baru untuk menguatkan prinsip kebenaran, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, keadilan, tadbir urus yang baik, integriti dan kebertanggungjawaban,” kata kenyataan PBB.

Sehingga semalam, Malaysia Gazette dimaklumkan Malaysia masih dalam senarai penandatangan Statut Rom di laman web PBB walaupun sudah menghantar surat menarik diri pada 29 April lalu. – MalaysiaGazette

Kategori