Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ronaldo Belanja Semua Staf...

PEMURAH... Bintang bola sepak ternama, Cristiano Ronaldo meninggalkan tip AS$23,200 (RM94,268) di sebuah...

Stesen Minyak Wajib Sedia...

KUALA LUMPUR - Pengusaha stesen minyak wajib menyediakan cecair pembasmi kuman atau pembersih...

Azizulhasni, Fatehah Menang Emas...

NILAI - Pasukan berbasikal trek Malaysia membuktikan dominasi mereka pada Sukan SEA Ke-29...

Hantu Doktor Bunuh Diri...

Hantu doktor yang membunuh diri di Honduras, dikatakan telah menghantui tempat di mana...

Malaysia Sokong Penyelesaian Politik Dikawal Rakyat Afghanistan

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menekankan sokongan Malaysia ke atas proses inklusif yang dipimpin, dimiliki serta dikawal oleh rakyat Afghanistan sendiri, ke arah penyelesaian politik berkekalan demi keamanan dan keselamatan negara itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar (Wisma Putra) awal pagi ini, Saifuddin juga menggesa agar hak asasi manusia dan kebebasan asasi di Afghanistan dihormati, termasuk dengan penyertaan penuh dan bermakna oleh golongan wanita, belia dan minoriti.

Saifuddin berkata demikian dalam Mesyuarat Menteri Peringkat Tinggi mengenai Situasi Kemanusiaan di Afghanistan anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) secara maya pada Isnin.

Menteri Luar Negeri itu turut mengumumkan sumbangan kewangan daripada Malaysia sebanyak AS$100,000 bagi membantu dan menyokong rakyat Aghanistan.

Semasa mesyuarat itu, beliau menekankan bahawa keselamatan, hak asasi manusia dan kebajikan seluruh warga Afghanistan dan warganegara asing di negara itu harus diberi keutamaan dan dilindungi, di samping memastikan akses bantuan kemanusiaan yang segera dan selamat.


Mesyuarat tergempar anjuran António Guterres, Setiausaha Agung PBB ini bertujuan mengukuhkan solidariti masyarakat antarabangsa ke atas rakyat Afghanistan serta mengetengahkan keperluan mendesak untuk mendapatkan sumbangan dan sokongan masyarakat antarabangsa bagi mengatasi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di negara itu.

Setiausaha Agung PBB menekankan keperluan sumbangan kewangan sebanyak USD604 juta bagi membantu 11 juta rakyat Afghanistan dalam tempoh masa empat bulan yang akan datang.

Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat ini mencerminkan solidariti Malaysia ke atas rakyat Afghanistan serta sokongan teguh Malaysia kepada pihak PBB dalam usaha menangani krisis kemanusiaan di Afghanistan, tambah kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori