Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Senarai Calon BN Disaring...

PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) telah menghantar senarai calon berpotensi untuk setiap kawasan...

Waspada Gelombang Kecil Covid-19...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) memberi peringatan kepada orang ramai untuk terus berwaspada...

Sultan Nazrin Seru Rakyat...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menggesa rakyat Malaysia meningkatkan...

Cadang Bandar Keusahawanan Lautan...

KOTA KINABALU - Kerajaan pusat mencadangkan penubuhan Bandar Keusahawanan Lautan Biru di Sabah...

Malaysia, Singapura Sepakat Terus Bincang HSR

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Singapura akan terus perbincangan dan mencapai persetujuan bagi manfaat kedua-dua negara berhubung perkembangan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Persetujuan itu dicapai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong menerusi persidangan video hari ini.

Ini berikutan 31 Disember ini ialah tarikh perlanjutan kedua dan terakhir penangguhan projek infrastruktur HSR Kuala Lumpur-Singapura itu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya, berkata panggilan video itu mencatatkan kemajuan perbincangan dan persefahaman baik, sekali gus memahami kedudukan kedua-dua negara.

“Kedua-dua pihak akan mengumumkan perincian lanjut mengenai projek HSR itu menerusi kenyataan bersama apabila tiba masanya,” katanya. 

Kedua-dua Perdana Menteri juga menegaskan hubungan dua hala yang kuat antara negara merangkumi banyak bidang kerjasama dan keinginan tulus untuk terus mengeratkan hubungan ini bagi kepentingan bersama. – BH Online

Kategori