Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ribut Petir, Hujan Lebat...

PETALING JAYA – Penduduk di lapan negeri dinasihatkan berwaspada susulan amaran ribut petir,...

Tiada Perkhidmatan Food Delivery...

4 OGOS - SEBUAH poster mendesak para penghantar makanan tidak melakukan sebarang penghantaran...

Tiba-Tiba Pembangkang Mahu Dilibatkan...

KUALA LUMPUR – Pemimpin pembangkang tiba-tiba mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya melibatkan...

Lan Dipuji Datuk Ramli,...

GEGAR Vaganza minggu lalu menyaksikan Haida terpaksa meninggalkan pentas pertandingan kerana markahnya yang...

Malaysia Salur Bantuan RM1.5 Juta Kepada Indonesia

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah menyalurkan bantuan RM1.5 juta bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami di Palu, Sulawesi dan Lombok, Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) pula telah mengumpul RM5.4 juta hasil sumbangan orang awam dan syarikat korporat untuk disalurkan kepada mangsa tragedi itu.

“Kita lihat sumbangan ini memang menolong kerana lepas bencana…untuk membina keluarga dan mencari mangsa dan sekarang ini banyak masalah seperti penyakit malaria dan membina semula rehabilitasi mesti diambil kira,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Katanya, Indonesia amat menghargai sumbangan daripada kerajaan dan rakyat negara ini.

Terdahulu, beliau menerima sumbangan daripada kerajaan negeri Johor berjumlah RM315,000 sebagai bantuan kepada Indonesia.

Sumbangan itu disampaikan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian.


Dalam pada itu, Osman berkata bantuan itu diharap dapat membantu mangsa meneruskan kehidupan.

“Jumlah sumbangan ini tak besar, ini sebagai tanda simpati kepada negara jiran,” katanya.

Gempa bumi 7.7 pada skala Richter dan tsunami itu setakat ini telah mengorbankan lebih 2,000 nyawa dengan lebih 30,000 lagi penduduk terkesan akibat tragedi berkenaan. – BERNAMA

Kategori