Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UNITEN Mahu Jelajah Negara...

ROMPIN - Pasukan Solar Ranger Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) mahu mencipta rekod melakukan...

Pegawai Mara KKB Ditahan...

SHAH ALAM - Seorang pegawai Mara di Kuala Kubu Bharu, dekat sini direman...

Naja Bollywood Bukan Kepit,...

BAKAT yang dimiliki Naja Bollywood dalam menyanyikan semula lagu-lagu Bollywood sering disalahertikan sehingga...

7-11 Tokyo Mula Tanggalkan...

RANGKAIAN kedai runcit Seven-Eleven di Jepun mengarahkan kedai franchisenya di Tokyo agar tidak...

Malaysia Saksikan Sekali Lagi Pertembungan Mahathir-Anwar

POLITIK Malaysia sekali lagi akan menyaksikan pertembungan “clash of the titans” antara kem Mahathir dengan kem Anwar.

Bukan rahsia lagi yang penyokong Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu beliau memegang jawatan lebih dari dua tahun seperti rancangan asal.

Malah mereka mahu Mahathir kekal sebagai perdana menteri selagi mampu menjalankan tugas tersebut.

Pada mereka, tidak ada sebab kenapa perlu Mahathir berundur semasa masih mampu berkhidmat dan menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka mahu Mahathir yang memimpin Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 terus memimpin sebagai perdana menteri.

Mereka tegaskan yang Mahathir faktor kemenangan PH, kerana Mahathir berada di lapangan sepanjang kempen.

Awal-awal dulu, mereka sudah tegaskan yang tidak ada sebab kenapa Mahathir perlu berundur selepas berhempas pulas memimpin kempen PH sedangkan Anwar di dalam penjara.

Mereka tidak nampak rasional Mahathit menyerahkan jawatan kepada Anwar selepas Anwar keluar penjara.

Sebelum itu, mereka mempersoalkan kenapa banduan bernama Anwar Ibrahim itu perlu diberi pengampunan.

Apa bezanya Anwar dengan banduan-banduan lain, soal mereka. Adakah kes Anwar kes yang paling mustahak dipertimbangkan?


Tokoh penasihat mereka, Tun Daim Zainuddin sejak awal lagi sudah menunjukkan sikap menolak Anwar menggantikan Mahathir seperti dipersetujui dulu.

Sebenarnya, kem Mahathir tidak setuju langsung Anwar menjadi perdana menteri kerana mereka bergantung pada Mahathir.

Kalau Anwar dilantik perdana menteri, beliau akan menjalankan agendanya pula, dan tidak mustahil rombakan kabinet akan dilakukan.

Menteri-menteri dan bos-bos GLC yang sudah selesa di kedudukan mereka sekarang pasti akan berasa bimbang.

Pertembungan inilah yang sedang memanaskan pemilihan parti PKR, yang menemukan kem Rafizi dengan kem Azmin.

Pemilihan ini didakwa melibatkan tangan dari luar yang mahu memastikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kekal berkuasa untuk mengimbangi Anwar yang sudah sah sebagai presiden.

Bukan gosip lagi bahawa satu kem disokong Mahathir untuk menyekat dan menghalang Anwar.

Seperti pra-1998, politik Malaysia perlahan-lahan menunjukkan pertembungan Mahathir-Anwar, yang akan meletus secara terbuka satu hari nanti. – Mynewshub.tv

Kategori