Malaysia Mungkin Jadi Sasaran Perang Perdagangan

KUALA LUMPUR – Malaysia kemungkinan menjadi sasaran dalam pertembungan perang perdagangan Amerika Syarikat dan China kerana ekonomi negara bergantung kepada kedua-dua pasaran.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ketegangan perdagangan antara dua ekonomi terbesar di dunia ini boleh bertukar menjadi satu lagi Perang Dingin yang lain.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai sekatan tersebut.

Menurutnya, perang perdagangan antara ekonomi terbesar dunia ini bertujuan untuk memecahkan sistem perdagangan dunia.

Perniagaan perlu dirancang dengan lancar dan mengelakkan gangguan tetapi tetapi tarif, tarif bertentangan dan halangan lain untuk perdagangan bebas kini menjadi “normal baru.”

“Dalam ekonomi, kita ada kaitan dengan kedua-dua pasaran ini dan secara fizikal kita juga terperangkap atas alasan geografi. Terdapat beberapa cadangan yang menyatakan kita akan menjadi sasaran sekatan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Persidangan ISIS Malaysia Praxis ‘Malaysia Beyond 2020’.

Beliau berkata, Malaysia akan bersiap sedia bagi menghadapi situasi paling teruk dengan mempertingkatkan kerjasama negara-negara ASEAN untuk mengenai kesan perang perdagangan itu.

Ini bermakna Malaysia akan membina kapasiti dengan membangunkan daya saing.

“Kita juga mesti membangunkan syarikat bertaraf dunia kita sendiri yang boleh berdepan dengan semua pesaing.

“Satu cara untuk mencapai matlamat ini adalah dengan mengenal pasti aset dan keupayaan, selain  meningkatkan keupayaan untuk menggunakan teknologi tinggi yang baru. Dan kemudian menyertakan kualiti sumber manusia kita,” ujarnya.

Loading...