Malaysia Kutuk Serangan Dron Ke Atas Kilang Aramco

PUTRAJAYA – Malaysia hari ini mengutuk serangan dron terhadap dua kilang minyak Aramco di Arab Saudi pada 14 September lepas.

“Malaysia percaya adalah penting bagi semua pihak yang terlibat untuk mengelak sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keamanan dan kestabilan di rantau itu,” menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Malaysia turut menggesa penyelesaian yang baik terhadap konflik yang sedang berlaku menerusi dialog dan diplomasi.

Beberapa media melaporkan pemberontak Houthi dari Yaman mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. 

Loading...