Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ketua Polis KL Naik...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh naik...

Universiti Di Turki, Terbaik...

Turki menjadi negara umat Islam yang paling banyak mempunyai universiti tersenarai dalam 100...

Gadis Nasi Lemak Nafi...

POPULARITI yang dikecapi penjual Nasi Lemak Anak Dara membuatkan ada yang 'busuk hati' mengambil...

Himpunan Diadakan Kerana Islam...

KUALA LUMPUR - Ribuan umat Islam yang hadir ke Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam...

Malaysia Ke-56 Kelajuan Muat Turun Mudah Alih

KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ke-56 daripada 87 buah negara yang mempunyai kelajuan muat turun mudah alih dengan kepantasan purata 11.5 megabit sesaat (Mbps) antara 1 Januari – 31 Mac 2019.

Sebuah syarikat penganalisis mudah alih, Opensignal dalam laporan global “State of Mobile Network Experience” mengumumkan, Korea Selatan berada di tempat pertama, di mana pengguna mengalami kelajuan purata muat turun mudah alih terpantas pada 52.4 Mbps.

Singapura mencatat kelajuan muat turun terbaik di ASEAN pada 9.3 Mbps, manakala pengguna mudah alih Kemboja mempunyai kelajuan muat turun paling perlahan, 5.6 Mbps.

Laporan itu menganalisis pengguna telefon mudah alih di seluruh dunia, berdasarkan kepada lebih daripada 139 bilion penggunaan dalam tempoh selama empat bulan.

“Dari segi generasi keempat teknologi jalur lebar rangkaian selular atau 4G, pengguna mudah alih Malaysia menerima perkhidmatan yang agak baik dengan liputan 79.6 peratus, ini meletakkan negara pada senarai 42 daripada 87 negara.


“Korea Selatan sekali lagi menerajui senarai apabila mempunyai paling ramai pengguna telefon mudah yang bersambung dengan 4G iaitu 97.5 peratus pada sepanjang masa,” katanya.

Kategori