Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Lahir Selang 3 Minit,...

MARIBEL Valencia tidak berhenti-henti merenung jam dinding yang  menunjukkan hampir jam 12 tengah...

Harap Tiada Ahli Parlimen...

SHAH ALAM - Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh menubuhkan kerajaan...

40 Tentera Kem Rasah...

SEREMBAN - Sebanyak 40 anggota tentera bersama lima buah trak dari Markas 1...

Cadangan Pembenihan Awan Di...

TAWAU - Pembenihan awan akan dilakukan di Tawau sekiranya usaha lain tidak dapat...

Malaysia Juara Keseluruhan KL2017, Hadiah Merdeka

KUALA LUMPUR – Atlet negara berjuang sehingga ke titisan darah terakhir demi memastikan gelaran juara keseluruhan temasya Sukan SEA edisi ke-29 milik Malaysia dengan pencapaian gemilang 145 emas, sekali gus memberi hadiah istimewa sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017, esok.

Buruan emas pada hari kemuncak penutupan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) hari ini, menyaksikan atlet negara merangkul lima daripada tujuh emas yang ditawarkan iaitu dua daripada acara terjun dan melabuhkan tirai dengan tiga emas daripada acara luncur ais.

Ini adalah kali kedua Malaysia mengungguli temasya Sukan SEA selepas merangkul 111 emas pada edisi 2001 juga di laman sendiri.

Meskipun menetapkan sasaran sama kali ini, namun atlet negara bangkit bersama dengan semangat juang yang tinggi untuk melepasi sasaran di luar jangkaan.

Melengkapkan persada carta pungutan pingat, Malaysia merangkul 145 emas, 92 perak and 86 gangsa, jauh meninggalkan pencabar terdekat, Thailand dengan 72 emas termasuk ibu segala pingat dalam acara bola sepak iaitu penuruan kilauan emas daripada 95 yang dicatat pada edisi lepas, di Singapura, dua tahun lepas.

Vietnam menduduki tangga ketiga dengan 58 emas, hanya kelebihan satu daripada Singapura disusuli Indonesia dengan 38 emas, Filipina (24), Myanmar (7), Kemboja (3) dan Laos dengan dua butir emas.

Brunei dan Timor Leste melengkapkan penyertaan 11 negara dengan masing-masing membawa pulang lima perak dan lapan gangsa dan tiga gangsa oleh Timor Leste.

Penerjun negara menutup saingan dengan menguasai acara 10m platform seirama lelaki dan wanita di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jali, sekali gus menepati ramalan menypu bersih semua 13 pingat emas yang ditawarkan dalam acara itu.

Gandingan Leong Mun Yee-Traisy Vivien Tukiet tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan emas dalam acara wanita manakala penerjun muda negara, Jellson Jabillin-Hanis Nazirul Jaya Surya, masing-masing berusia 16 tahun, merangkul kejuaraan kali pertama dalam acara lelaki.


Pingat emas acara lelaki itu dimenangi di Singapura oleh penerjun berpengalaman Ooi Tze Liang-Chew Yiwei, yang masih bersama skuad negara tetapi membuka peluang untuk penerjun muda membuktikan kemampuan mereka.

Dalam acara hari terakhir luncur ais, Anja Chong, yang menjuarai acara 500m wanita, sekali lagi menampilkan aksi menarik untuk meraih pingat emas kedua Sukan SEA dalam acara 1,000m manakala rakan senegara, Ashley Chin turut menambah kutipan gangsa.

Kedua-dua peluncur wanita itu turut membantu Nor Marissa Ahmad Lokman dan See Wan Ni memenangi pingat emas acara luncur 3,000m berganti-ganti manakala peluncur lelaki negara turut memenangi emas dalam acara tersebut.

Julian Yee menghadiahkan emas pertama negara dalam sukan tersebut.

Dalam acara angkat berat, Mohamad Fazrul Azrie menutup gelanggang sukan itu dengan sebutir pingat perak dengan angkatan jumlah keseluruhan 323kg termasuk 182kg dalam katgeori clean & jerk, yang turut memadam rekod kebangsaan miliknya 181kg yang dicipta, Mei lepas.

Atlet Thailand, Pornchai Lobsi merangkul emas dengan angkatan jumlah keseluruhan 337kg manakala badang Vietnam, Hoang Tan Tai membawa pulang gangsa dengan catatan 332kg.

Filipina akan menjadi hos Sukan SEA ke-30 pada 2019. – BERNAMA

Kategori