Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Agong Berkenan Terima Darjah...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

IKRAM Sokong Hasanuddin Jadi...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyokong tindakan Timbalan Presidennya menyertai Parti...

Tangan Tersangkut Dalam Lubang...

SEORANG lelaki warga asing berusia 40-an di Klang, Selangor mengalami detik cemas apabila...

Usul Kewarganegaraan Kanak-Kanak Dibahaskan...

KUALA LUMPUR – Dewan Negara akan membahaskan usul kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di...

Malaysia, Indonesia Tangani MoU Selesai Isu Sempadan

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Indonesia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini bagi menyelesaikan isu sempadan antarabangsa, sekali gus memberi laluan secara rasmi kepada kedua-dua negara mencapai resolusi tiga lagi masalah sempadan tertangguh (OBPs).

Menteri Dalam Negeri Indonesia, Prof. Drs. H Muhammad Tito Karnavian berkata, ketiga-tiga OBPs itu berada dalam Sektor Sabah-Kalimantan Utara di Pulau Sebatik (daerah Tawau/daerah Nunukan), Sinapad-Sungai Sesai dan subsektor dari penanda sempadan B 2700 hingga penanda sempadan B 3100, di dearah Pensiangan/daerah Lumbis Ogong menjelang tahun 2020.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A Xavier Jayakumar dan Prof. Muhammad menyaksikan majlis menandatangani MoU antara kerajaan Malaysia dan Indonesia mengenai Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia (Sabah dan Sarawak) dan Indonesia (Kalimantan Utara dan Kalimantan Barat) (JMI-43), di sini, hari ini.

MoU itu ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Zurinah Pawanteh dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Indonesia, Dr. Hadi Prabowo MM.

Peta yang dilampirkan pada MoU itu ditandatangani Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Datuk Dr. Azhari Mohamed dan Pengarah Wilayah Pertahanan, Kementerian Pertahanan Indonesia, Laksamana Pertama Bambang Supriadi.

MoU itu ditandatangani pada Mesyuarat ke-43 Jawatankuasa Sempadan Malaysia-Indonesia mengenai Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia (Sabah dan Sarawak) dan Indonesia (Kalimantan Utara dan Kalimantan Barat) (JMI-43).


Xavier berkata, MoU itu merupakan capaian hubungan dua hala antara kedua-dua negara dalam mencari penyelesaian isu OBPs yang telah lama tertangguh iaitu sempadan darat antarabangsa berhampiran Sungai Simantipal di daerah Pensiangan/daerah Lumbis Ogong dan subsektor dari penanda sempadan C 500 sehingga penanda sempadan C 600 di Sipitang/daerah Sebakung.

“Kedua-dua segmen yang terletak di Sabah/Kalimantan Utara masih belum dapat diselesaikan sejak 1978 dan 1989,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, MoU itu telah mengurangkan bilangan segmen OBP di sempadan Malaysia-Indonesia daripada sembilan kepada tujuh – tiga di Sektor Sabah-Kalimantan Utara dan empat di Sektor Sarawak-Kalimantan Barat.

Kategori