Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MH370: Status Kahwin Mangsa...

PUTRAJAYA - Status perkahwinan bagi mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang...

Puluhan Penduduk Sesak Nafas,...

JOHOR BAHRU - Penduduk Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kulai, di sini, gempar...

Titi Runtuh Akibat Banjir...

BAGAN SERAI - Kira-kira 30 keluarga di Kampung Tepi Sungai Ulu Sepetang dekat...

Rambutan Buah Berkhasiat Kaya...

RAMBUTAN bukan sahaja menjadi buah kegemaran sebahagian besar rakyat Malaysia, tetapi juga terkenal...

Malaysia Di Tempat Ketiga Siri Final Wanita FIH

KUALA LUMPUR – Skuad Hoki Wanita negara mengakhiri kempen Kejohanan Siri Final Wanita FIH di tempat ketiga selepas menewaskan Republik Czech 3-0 di Kelab Hoki Banbridge, Ireland, pada Ahad.

Dalam perlawanan play off tempat ketiga dan keempat, penyerang Hanis Nadiah Onn meletakkan Malaysia di hadapan menerusi jaringan padang pada minit ke-11, sebelum Fazilla Sylvester Silin menggandakan jaringan pada minit ke-34 ke atas Republik Czech yang menduduki ranking ke-19 dunia.

Malaysia yang di kedudukan ke-22 dunia, mendapat gol ketiga setelah Nur Amirah Shakirah Zulkifli menerima hantaran Nor Faizah Sayuti dan melepasi penjaga gawang Barbora Cechakova sebelum memukul bola menerjah jaring pada minit ke-60.

Impian skuad wanita Malaysia untuk layak ke Sukan Olimpik buat kali pertama, tidak kesampaian selepas pasukan bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah tewas 0-3 kepada pasukan nombor 11 dunia, Korea Selatan dalam perlawanan separuh akhir semalam.

Republik Czech pula tersingkir selepas tumpas 0-4 di tangan pasukan nombor lapan dunia, Ireland dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.


Hanya pasukan yang mara ke final, Ireland dan Korea Selatan melangkah ke pusingan kelayakan terakhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung pada Oktober dan November tahun ini.

Kategori