Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pertahan Kerusi Gombak, DUN...

KUALA SELANGOR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mempertahankan...

Darjah Kebesaran Johor Tidak...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan orang ramai...

Pemuda Sangkal Pelancaran ECRL...

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang hari ini menyangkal dakwaan majlis pecah tanah Projek...

Dr Mahathir Akui Pemimpin...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terdapat pemimpin UMNO yang...

Malaysia Catat Sejarah, Hanya 1 Kes Baharu COVID-19

PUTRAJAYA – Tiada kes yang dilaporkan mendapat jangkitan dari dalam negara iaitu penularan tempatan, sama ada dalam kalangan warganegara Malaysia mahupun bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu buat pertama kalinya, Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 yang terendah pada hari ini iaitu dengan hanya satu kes baharu sepanjang gelombang kedua pandemik itu dengan jumlah keseluruhan 8,640 kes.

“Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes penularan dalam negara yang dilaporkan pada hari ini.

“Ingin dimaklumkan bahawa satu kes baharu yang dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu Turki. Syabas kepada semua pihak terutama masyarakat Malaysia di atas pencapaian ini,” katanya pada sidang media hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 21 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kes kumulatif pulih 8,375 kes. – BERNAMA

Kategori