Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Tembak Mati Dua...

IPOH - Dua warga asing dipercayai terlibat dengan 15 kes samun, mati ditembak...

WCES Gabung Peniaga Malaysia...

HONG KONG - Sidang Kemuncak Ekonomi Cina Sedunia (WCES) bertema 'Menangani Ketidaktentuan Global:...

Kena Serangan Jantung, Hajat...

Pengarah terkenal, Mohamad Bin Mohd Khalid,51, atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid terpaksa...

Mahasiswa Tercicir Boleh Sambung...

KUALA LUMPUR : Mahasiswa yang tidak menamatkan pengajian atau tercicir akibat penularan COVID-19,...

Malaysia Catat IPU Pencemaran Udara Ketiga Tertinggi Dunia

SHAH ALAM – Disebabkan jerebu yang melanda negara, Malaysia menduduki tangga ketiga di dunia dalam senarai negara yang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi selepas Iran dan Indonesia.

Berdasarkan cerapan IPU oleh World Air Quality Index (WAQI) pada 8.27 pagi tadi, Malaysia mencatat bacaan IPU 271 manakala Iran (385) dan Indonesia (303).

Bagaimanapun, bacaan IPU mengikut negeri semakin reda hari ini setakat jam 8 pagi memandangkan tiada satu lokasi yang mencatatkan bacaan IPU melepasi tahap berbahaya.

Secara keseluruhan, enam kawasan masih mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat termasuk Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sibu dan Sarikei di Sarawak serta Balik Pulau di Pulau Pinang.

Hari ini, sebanyak 2,459 sekolah membabitkan jumlah pelajar hampir mencecah angka 2 juta di lapan negeri termasuk di Sarawak ditutup.


Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan tidak rasminya malam tadi berkata, penutupan membabitkan 911,874 pelajar di 939 sekolah di Selangor, serta 243,972 pelajar daripada 399 sekolah di Pulau Pinang.

Selain itu katanya, sebanyak 296 sekolah membabitkan 217,657 pelajar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pelajar daripada 250 sekolah di Perak membabitkan 63,782 pelajar turut ditutup. – Sinar Harian

Kategori