Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Komited Tingkat Penjagaan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan komited untuk memupuk perkongsian awam-swasta yang lebih baik dan...

Belum Sedia IVF, Achey...

SETIAP pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan zuriat yang ramai sebagai penyeri rumah tangga...

Kepentingan Negara Terpelihara Di...

KUALA LUMPUR - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak melibatkan sebarang pindaan ke atas...

Istana Negara Sahkan Anwar...

KUALA LUMPUR - Istana Negara mengesahkan bahawa majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat...

Malaysia Cadang Penubuhan Bank Asean Untuk Wanita

HANOI – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan penubuhan Bank ASEAN untuk wanita bagi membantu memperkasa wanita dalam bidang keusahawanan.

Beliau, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata perkara itu antara yang diketengahkan ketika Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Wanita (AMMW) kali ketiga yang berlangsung di sini, semalam.

“Kalau ada ruang dan peluang untuk usahawan terutama wanita diberikan lebih empowerment, kalau boleh ada ASEAN bank untuk wanita sahaja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengambil contoh Malaysia, beliau berkata usahawan wanita di negara ini mendapat bantuan melalui inisiatif seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta MySMELady yang menawarkan pinjaman sehingga RM1 juta.

Katanya, kadar bayaran balik bagi pinjaman AIM menunjukkan 99.9 peratus wanita yang meminjam, membayar balik pinjaman berbanding 86 peratus peminjam lelaki.

Dr Wan Azizah berkata segala pandangan dan cadangan pada mesyuarat itu akan diperhalusi serta dibincangkan di peringkat pegawai kerajaan negara anggota ASEAN.

Terdahulu, Wan Azizah mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya Pham Binh Minh, iaitu agenda terakhir lawatan rasmi tiga harinya di bandar ini.


Pada mesyuarat kira-kira 45 minit itu, Dr Wan Azizah berkata kedua-dua negara yang telah menjalin hubungan diplomatik selama 45 tahun bersetuju bagi menjaga keamanan dan kebebasan perdagangan laut di Laut China Selatan.

“Kita juga membincangkan bagaimana kita boleh tingkatkan jumlah pelancong antara satu sama lain dan meningkatkan pelaburan antara Malaysia dan Vietnam,” katanya.

Vietnam antara rakan perdagangan penting Malaysia, dengan jumlah dagangan pada 2017 berjumlah US$11.7 bilion, meningkat sebanyak 13.9 peratus berbanding 2016.

Ia menjadikan Malaysia rakan perdagangan ke-13 terbesar Vietnam di dunia dan keempat dalam ASEAN selepas Singapura, Thailand dan Indonesia. – BERNAMA

Kategori