Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Membaca Al-Quran Dalam Bahasa...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi...

Disimbah Asid Oleh Ex-BF,...

SETELAH tiga bulan tragedi hitam dalam hidupnya berlalu, seorang ratu cantik akhirnya memiliki...

Cuma Sebab Hon, Samseng...

Walaupun kes seorang gadis bertudung mengamuk terhadap seorang warga emas pada Julai lalu menggemparkan negara, perbuatan...

Pemberian Vaksin COVID-19 Kanak-Kanak...

KUALA LUMPUR - Banyak negara semakin memberi fokus kepada pemberian vaksin untuk kanak-kanak...

Malaysia Boleh Capai 10 Terbaik Di Bhubaneswar

KUALA LUMPUR – Bukan sesuatu yang mustahil untuk skuad hoki negara menamatkan kempen dalam kelompok 10 terbaik Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India pada 28 November hingga 16 Disember ini.

Itu pandangan peribadi ketua jurulatih, Roelant Oltmans yang beranggapan Malaysia mempunyai keupayaan selain memiliki pemain berkualiti.

Tambah Oltmans, dia sendiri meletakkan sasaran untuk muncul juara kejohanan berprestij di India itu biarpun ia dilihat tidak realistik namun jika Malaysia berjaya menghadapi segala cabaran dengan baik selain tuah sentiasa memihak skuad kebangsaan maka tiada yang mustahil.

“Realistik atau tidak itu bergantung kepada persepsi masing-masing dan saya juga berpendapat menamatkan aksi dalam kelompok 10 terbaik dalam Piala Dunia juga bukan sesuatu yang mustahil.

“Malaysia mempunyai pemain yang boleh bermain hoki dengan baik namun jika mahu menjadi lebih realistik maka kita harus berusaha melepasi aksi peringkat kumpulan yang saya lihat amat mencabar,” kata Oltmans selepas mengumumkan senarai 18 pemain negara ke Piala Dunia 2018 di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori