Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Pemindahan Organ Khinzir Ke...

KHINZIR sememangnya seekor haiwan yang mempunyai reputasi buruk oleh kerana sifatnya yang gemar...

Aww.. Nakal, Lampu Bentuk...

SELALU geram dan mudah tergoda melihat punggung wanita? Barang ini mungkin sesuai untuk...

Lelaki Lepaskan Tembakan Di...

SATU majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah gereja bertukar menjadi igauan ngeri apabila...

PM Akan Umum Tarikh...

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan tarikh...

Malaysia Berjaga-Jaga Susulan Wabak Coronavirus Di Wuhan

KUALA LUMPUR – Pasukan bertindak yang ditempatkan di semua pintu masuk antarabangsa dan kemudahan kesihatan di seluruh negara, terutama pejabat kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini dalam keadaan berjaga-jaga susulan wabak coronavirus di Wuhan, China.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata di laman Facebooknya bahawa alat imbasan haba dan pusat kuarantin kesihatan di terminal KLIA kini diletakkan pada pemantauan tahap yang tertinggi.

Beliau berkata, pelbagai unit kesihatan yang ditempatkan di KLIA dan pintu masuk antarabangsa yang lain adalah berperanan bagi melindungi negara daripada pelbagai penyakit berjangkit yang lain dari kawasan berisiko tinggi.

Media antarabangsa melaporkan 139 kes baru berhubung dengan coronavirus dikesan pada hujung minggu lepas sejak virus itu dikesan Disember 2019 di Wuhan.

Setakat ini, 3 maut di China, dengan 2 kes dilaporkan di Thailand dan 1 di Jepun.


Terdahulu, Noor Hisham berkata, keadaan influenza yang dilaporkan di Malaysia masih terkawal dan ia tiada kaitan dengan wabak di Wuhan.

KKM akan terus mengawasi jangkitan kuman dan mengemas kini semua maklumat terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kategori